Wednesday, April 8, 2015

KAK YANG DAN SPEECH THERAPY BERSAMA MR MANO

Malam ni ibu nak bercerita mengenai speech therapy Kak Yang bersama Mr Mano.  untuk makluman semua Mr Mano ni is a well known therapist for the whole Malaysia.  Thanx tu Kak Ju Afidah Ayob yg telah memperkenalkan beliau kepada ibu.  Waiting list untuk dapat slot memang tersangatlah panjangnya....ibu terpaksa tunggu selama lebih kurang 2 tahun.  Fuhhhh...memang berbaloi lah.

Jom ikut ibu mencoret journey speech tehrapy Kak Yang sejak bulan 12 last year.  Gambar & catatan ni ibu ambil daripada acc fb ibu.


12 DISEMBER 2014

Alhamdulillah..hari ni berpeluang membawa Kak Yang menjalani speech therapy dgn Mr Mano. Dah lama nak bawak tapi disebabkan jadual Mr Mano terlalu pack & x dapat nak slot in appointment yg bersesuaian masa Ibu keja. Positive review on 1st assessment...Otot bahagian leher agak lemah sebab x dilatih; punca Kak Yang x boleh menelan dgn baik. After 15 min of therapy, she can swallow plain water without reflucks...sambil berbaring ok!! So impressed sebab sebelum ni even setitik air pun Kak Yang akan tersedak. Hati Ibu berbunga harapan bila Mr Mano cakap Kak Yang ada potensi besar utk boleh berdikari. Cuma perlu banyakkan terapi, training & usaha. Dia bagi target dalam masa 6 bln utk Kak Yang boleh makan makanan pejal & 2 tahun utk Kak Yang boleh bercakap & berdikari. Tapi yg penting kena teruskan usaha tanpa jemu... insyaallah dengan izin ALLAH jua. Moga Ibu & Ayah terus beristiqamah dalam perjuangan untuk anak syurga ini...amin


15 DISEMBER 2014

Semalam Kak Yang diserang sawan secara tiba2 masa tengah tido... Ibu terus titikkan frankincense & brain power dan stimula bahagian muka. Alhamdulillah x sampai 2 minit sawan dah hilang. Ptg ni bawa Kak Yang jumpa Mr Mano lagi...sawan semlm menjejaskan sikit bahagian jaw; agak ketat. After done the therapy, dah ok. Insya Allah by next week Kak Yang akan mula mencuba makan biskut..amin amin amin


19 DISEMBER 2014
Sedikit perkembangan terbaru Kak Yang...After 2 session appointment with Mr Mano & 2 weeks of therapy at home (task given by Mr Mano).

1. healing crisis ~keluar rashes di sekitar mulut because Kak Yang sedang dilatih utk memperbaiki breathing techniques (lungs & stomach)
2. can drink 100ml of water per serving..before this only 5ml. Kdg sehari 50ml pun belum tentu dapat. Dan sangattttt kurang tersedak. Kalau dulu masuk air setitik pun mesti nak tersedak & batuk

Alhamdulillah...usaha selagi terdaya. buat semampu kita. Insyaallah...



29 DISEMBER 2014

Sesi ke 4 speech therapy 

Sesi menangis & merengek
Sesi manja2 x keluar airmata hehehe

* dah boleh swallow plain water tanpa tersekat2....smooth flow
* dah belajar makan biskut tiger aummm




05 JANUARI 2014

sesi ke 5 speech therapy with Mr Mano

* makan cream crackers (biskut 4 segi)
* belajar menyebut perkataan 
- ma...pa...ba...
- ba...ta...ka...
- hallo
(she respons each time Mr Mano buat bunyi...she makes sounds too!)

next target ~ next 2 weeks mula makan nasi biasa

& alhamdulillah rezeki Kak Yang. mulai next week Mr Mano akan datang terus ke rumah untuk sesi terapi Kak Yang. Syukur...syukur...syukur...





21 JANUARI 2015

today's therapy...after 2 weeks cuti hari ni therapist datang rumah. belajar makan nasi keras. 

rezeki Tuhan....

bersusun org satu msia beratur tunggu nak dapat appointment dgn Mr Mano. rezeki Kak Yang bila dia sendiri willing datang ke rumah utk sesi terapi hari ini dan seterusnya...





04 FEBRUARI 2015

Hari ni sesi speech therapy with Mr Mano. Kena makan garam & sos untuk stimulate swallowing. Dua benda ni menyebabkan pengeluaran air liur yg banyak, so amat sesuai untuk ajar menelan air liur agar x berkumpul & drolling.

Dan alhamdulillah dah masuk 3 hari Kak Yang dah boleh makan bubur nasi...WITHOUT BLEND! This is a big achievement for my angel.

For EO, I'm using Vertiver for her speech & oral stimulation.

Essential oil + therapy = LOVE IT!!

*dengan izin Allah jua




11 FEBRUARI 2015

Therapy for today...spine & neck semakin kuat. Need more exercise ye syg...

*alahai super comei nya kamu nak kalau bleh duduk sendiri. ..chaiyok! Chaiyok!!






25 FEBRUARI 2014

Yes! Yes! Yes! She did it...

My superstrong angel dah berjaya makan TELUR KUNING hari ni. X tersedak! 

Her therapist gives her A+ for today's session. Mr mano kata kalau dah pass mkn kuning telur, maksudnya she's ready for anything. Yeaaaa...







1 comment:

  1. Assalam sis.. Boleh Saya tahu macam mana nk dapat Kan contact Mr Mano... Terima kasih

    ReplyDelete