Tuesday, April 7, 2015

2015

sudah terlalu lama blog ini dibiar sepi...terlalu banyak cerita yg ingin dicoretkan tetapi kerana kesuntukan masa, maka semua memori hanya tersemat di dalam fikiran semata.

sehingga hari ini sudah hampir 9 bulan aku bercuti tanpa gaji. dan pada aku, aku lebih suka istilah telah berhenti kerja kerana itu yg ku niatkan sebenarnya sedari dulu.  dan kini juga aku telah mempunyai 4 orang puteri,  ya yang terbaru Nur Aira Qairina bt Aidil Azhar.  nanti ku ceritakan detik kelahiran Aira ke dunia...

menjadi suri rumah dengan 4 orang puteri yg sangat aktif, memang sangat menguji minda dan fizikal. hehehe...tapi alhamdulillah aku masih sempat menjalankan perniagaan online ku Angelisya Collection & mula berjinak dengan Young Living Essential Oil.  ini juga bakal ku ceritakan pada anda semua.

insyaallah...aku akan terus menulis mulai malam ini.  akan ku titipkan perjalanan harian kami sekeluarga pada anda semua.  bukan kerana membangga diri atau kerana aku ni tiada kerja, tetapi sekadar berkongsi pengalaman kerana aku percaya masih ramai diluar sana yg mahu mengikuti perkembangan Kak Yang.  

tahukan anda, berapa ramai ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa yg telah berhenti kerja & menambah cahayamata selepas melihat pengalaman aku? alhamdulillah aku hanya mahu berkongsi sesuatu yg baik..kerana Allah. bukan kerana nama.

salam perkenalaan semula pada anda semua ya

No comments:

Post a Comment