Tuesday, November 26, 2013

Cucu ke 15 Atok Din

24 November 2013

Tepat jam 1.21 petang, Adik selamat melahirkan anak perempuan. Syukur sangat sebab Adik x perlu operate atau masukkan ubat untuk force labouring.  Dan Adik bersalin dengan mudah dan cepat.  Tapi baby kena tahan PBU tiga hari disebabkan Adik Ada diabetes dan on insulin setiap hari. So doktor nak monitor perkembangan baby. 

Ikutkan baby ni adik Kak Yang sebab Adik adalah bunda angkat kepada Kak Yang.  Oklah...Jom tengok pic baby gurl yg comei ni...












Sunday, November 24, 2013

Penjelasan mengenai Fibrele Fits

Artikel berkenaan demam sawan atau fibrele fit ini ibu ambil dari Blog Dr Azwan.  Sebelum ini ibu dah penah post berkenaan topik ni...tapi artikel kali ini lebih terperinci.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Selamat Datang ke Blog Dr. Azwan
Tuesday, February 26, 2008

SAWAN DEMAM DAN PERAWATANNYA
Assalamualaikum...

Apabila anak anda mengidap demam melebihi 39 darjah celcius anda tentu risau sekiranya mereka boleh terkena sawan demam atau febrile fits. Apatah lagi sekiranya anak mengalami kekejangan di hadapan mata, ramai yang tidak tahu berbuat apa-apa, menjadi panik ataupun hanya menangis. Lebih teruk lagi sekiranya ada pulak yang pengsan. Mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk menghadapi situasi ini.

Rujukan saya adalah daripada Malaysia Clinical Practice Guidelines yang disusun oleh Pakar Paediatrik Malaysia diketuai oleh Dr. Hussein Imam - Ketua Institut Paediatrik HKL.


Apa itu Sawan Demam atau Febrile Fits?

Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Diagnosis sawan demam diberi sekiranya tiada bukti bahawa terdapat masalah di dalam otak ataupun masalah metabolik di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah sawan berlaku.

Secara mudah, ini bermakna, sawan demam didiagnos apabila masalah-masalah di dalam otak seperti jangkitan atau masalah di darah seperti kekurangan garam tertentu telah diambil kira.

Sekiranya sawan berlaku sebelum umur 3 bulan atau berlanjutan selepas 6 tahun, maka ia bukan dikira sawan demam. (Semasa saya medical student dulu, kami di ajar sawan demam berlaku di antara 6 bulan - 6 tahun - lebih mudah hendak dihafal)

Apabila demam menjadi terlalu tinggi, ini akan mengganggu aktiviti otak dan menyebabkan sawan berlaku. Sawan bermaksud keadaan di mana kanak-kanak itu akan tidak sedarkan diri, mengalami kekejangan badan dan kaki, mata hitam akan memandang ke atas (uprolling of eyeballs) , air liur meleleh (drooling of saliva), dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.


Jenis Sawan Demam

Terdapat dua jenis sawan demam. Saya terjemahkan sebagai Sawan Demam Biasa (Simple Febrile Fits) dan Sawan Demam Kompleks (Complex Febrile Fits).

Sawan demam biasa adalah singkat, hanya satu episod sawan sahaja setiap kali demam dan terjadi kurang daripada 15 minit. Manakala Sawan Demam kompleks adalah berpanjangan, lebih daripada 15 minit dan terjadi berulang-ulang di dalam satu episod demam.


Adakah Sawan Demam Boleh Berulang-Ulang ?

Ya, sawan demam boleh terjadi berulang-ulang. Untuk anak anda yang baru pertama kali terkena sawan demam atau sering terkena sawan tetapi tidak pernah diperiksa adalah lebih baik sekiranya anak anda di bawa ke Hospital kerana beberapa pemeriksaan dan pemerhatian perlu dilakukan.

Risiko sawan yang berulang-ulang boleh berlaku sekiranya :-

1. Sawan pada umur di bawah 15 bulan

2. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang mempunyai penyakit epilepsi

3. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang pernah kena sawan demam dahulu

4. Terkena sawan demam dengan suhu di bawah 40 darjah celcius

5. Jarak masa demam dan terkena sawan demam adalah singkat

Ini semua adalah faktor risiko dan mereka yang mempunyai satu atau dua faktor risiko di atas akan kemungkinan mengalami 10% (1 di dalam 10) kes sawan yang berulang. Tetapi, satu kajian menunjukkan sekiranya semua risiko di atas ada, maka risiko sawan berulang adalah 100%.


Adakah Sawan Demam boleh Menyebabkan Epilepsi?

Epilepsi adalah sawan yang tidak mempunyai sebab yang jelas. Ia adalah impuls elektrik yang tidak menentu dikeluarkan oleh sel otak yang mengalami masalah mungkin sejak lahir atau di sebabkan kecacatan contohnya selepas kemalangan jalan raya atau trauma.

Tidak ada persetujuan umum oleh pakar tentang samada boleh atau tidak sawan demam akhirnya menjadi epilepsi. Apa yang boleh dikatakan ialah terdapat kajian yang menunjukkan bahawa 2% - 7% pesakit yang mengalami sawan demam akhirnya mendapat sawan akibat epilepsi. Dan 10% - 15% pesakit yang menghidap epilepsi pernah terkena sawan demam semasa hidup mereka.

Tetapi kajian lebih menujukkan mereka yang mempunyai sawan demam berkecenderungan mengalami epilepsi adalah mereka yang sering terkena sawan demam kompleks, sawan yang lebih daripada 3 kali di samping sejarah keluarga terdekat yang menghidap epilepsi.


Apakah Masalah Yang Akan Berlaku Kepada Anak Yang Demam Sawan?

Mengikut 2 kajian, mereka yang terkena demam sawan tidak akan mengalami masalah apa-apa dan akan membesar seperti kanak-kanak normal. Di dalam satu kajian di antara sawan demam biasa dan sawan demam kompleks, mereka yang mengalami sawan demam biasa dan sawan demam kompleks juga tidak menunjukkan apa-apa perbezaan di dalam pembelajaran.

Malah, ada satu kajian yang menyatakan mereka yang mengalami kes demam sawan mempunyai akademik yang lebih cemerlang daripada kanak-kanak yang normal !!

Huuhh!.. Ayat kontroversi nih... nanti ramai pulak mak ayah kat Malaysia yang nak anak mereka sawan demam...


Adakah Anak Anda Perlu Masuk ke Wad?

Mengapa anak anda harus ke Hospital? Ini adalah kerana supaya doktor dapat memeriksa dan memastikan bahawa anak anda tidak menghidap MENINGITIS atau jangkitan selaput otak.

Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk MENINGITIS dan perlu diingatkan MENINGITIS boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.

Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang terkena sawan demam akan bangun dari sawan dan bermain seperti biasa, berlari dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti lesu atau lemah. Mereka tidak perlu bermalam ke dalam wad. Cukup sekadar pemerhatian di wad pemerhatian selama 6 jam sahaja.

Sedangkan MENINGITIS, anak anda akan demam berpanjangan, lemah, muntah, menangis tak henti-henti dan di dalam kesakitan. Di dalam kes ini pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan dan anak anda akan ditahan di wad.


Apa Yang Perlu Anda Lakukan Ketika Anak Anda Mengalami Sawan Demam?

Sebelum Sawan

1. Ibu bapa boleh mengawal sawan demam dengan mengawal demam mereka. Ini adalah berkesan dengan cara mengelap anak yang demam dengan tuala yang basah daripada air paip atau air yang suam sedikit (jangan gunakan ais kerana ia boleh menyebab hypothermia).

2. Beri anak minum ubat seperti sirap paracetamol atau sirap neurofen (brufen)

3. Boleh beri satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam (ambil salah satu samada melalui mulut atau punggung).

4. Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal. Pakaian tebal boleh menaikkan lagi suhu. Buka pakaian anak dan letak di bawah kipas. Lap dengan air paip ke seluruh badan.

Ketika Sawan

1. Jangan Panik. Cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku.

2. Longgarkan segala pakaian.

3. Jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah.

4. Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan.

5. Lap apa-apa yang lendiran atau air liur yang keluar dari mulut.

6. Duduk bersama anak anda sehingga sawan tamat.
Setelah Sawan

1. Baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ini akan mengelakkan daripada muntah atau lendiran masuk ke dalam paru-paru.
2. Jangan beri anak anda minum ubat atau air, atau makan sekiranya anda tidak pasti anak anda telah sedar sepenuhnya.

3. Bawa ke klinik atau hospital. Biasanya doktor akan masukkan rectal diazepam 5 -10 mg untuk mengelakkan terjadinya sawan demam daripada berulang atau sawan yang berpanjangan.

4. Masuk ke wad sekiranya perlu.
Wallahu A'lam.
Dr Azwan at 1:03 AM
Share

Saturday, November 23, 2013

Adik Aimi dan MRI

13 November 2013

Sewaktu di wad ibu mendapat berita bahawa doktor detect something abnormal pada brain Adik. Perasaan???  Saat tu rasa macam nak menangis...menjerit sekuat hati.  Airmata bergenang-genang di hujung kelopak...sekali terpandang Adik yang kelesuan, sekali itu jua airmata tertumpah perlahan.  Doktor minta tunggu result MRI sebelum Pakar Neurologi review result brain Adik; untuk dapatkan details berkenaan keadaan otak Adik.

Ini diagnos CT Brain Adik...Request form untuk MRI


Ini gambar CT Brain Adik...nampak tanda bulatan yang doktor tandakan


20 November 2013

Hari ni Adik buat MRI.  Syukur sebab ada sahabat yang sudi membantu mempercepatkan appointment untuk Adik.  Kalau tidak kena tunggu sebulan baru dapat buat MRI.  Adik diberikan sedative untuk membolehkannya tidur semasa prosedur.  Mujurlah Adik terus tertidur selepas minum satu dose ubat Chlorohydre...so x perlu inject sedative tambahan.

Adik selepas kena cucuk untuk set branula...saya sakit la ibu... 

Adik sudah ketiduran....

Adik dibawa ke Jabatan Radiologi 


Alhamdulillah prosedur hanya berjalan selama 20 minit kerana Adik tidur nyenyak.  So kena tunggu 03 Disember untuk dapat result.  Moga tiada yang mudarat buat Adik...kuatlah sayang ku!

Friday, November 15, 2013

Adik Aimi dan Lumbar Puncture

12 NOVEMBER 2013

Doc cadangkan Adik menjalani prosedur Lumbar Puncture (LP) atau ostilah melayunya mproses mengambil air tulang belakang bagi membolehkan mereka mengesan punca kuman pada Adik.  Agak resah sebelum memberi persetujuan kerana bimbang risiko yg mungkin datang.  Berlari ibu ke pejabat berjumpa dgn Pegawai Farmasi utk bertanyakan pendapat profesional dari mereka. Jawapan perlu diberi dalam masa kurang dari sejam. Akhirnya ibu dan ayah bersetuju demi kesihatan Adik.  Kami cuma takut kalau lambat bertindak, akan memudaratkan Adik yg semakin merosot kesihatannya.

Kesan LP dibelakang Adik

Disini ibu sertakan artikel berkenaan LP agar kita sama2 dapat memahami dan menghakis perasaan takut dgn prosedur ini. 




SALAH satu punca mengapa sebahagian besar perubatan moden gagal memberi rawatan yang tepat kepada pesakit ialah kerana terlalu banyak mitos atau kepercayaan karut dikaitkan dengan penyakit.
Pengambilan air tulang belakang atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai lumbar puncture (LP) ialah antara kaedah mendiagnos penyakit yang mengundang banyak kontroversi.
Pakar Perunding Kanan Neurologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali berkata, ramai yang beranggapan prosedur LP boleh menyebabkan seseorang pesakit itu mengalami kelumpuhan.
Menurut beliau, selain kelumpuhan, sebahagian besar masyarakat Melayu juga mempunyai kepercayaan bahawa pengambilan air tulang belakang boleh menyebabkan mati pucuk.
``Sebenarnya kesemua kepercayaan ini tidak berasas dan tidak mempunyai bukti kukuh,'' katanya.
Hakikatnya, LP ialah satu prosedur yang selamat, memiliki keistimewaan tersendiri, tidak mempunyai komplikasi dan telah menjadi amalan perubatan sejak berabad-abad lamanya.
LP merupakan sejenis ujian penyakit saraf yang dilakukan untuk menganalisis cecair serebrospina secara terperinci.
Kaedah yang selamat ini telah diguna pakai sejak tahun 1920-an dalam dunia perubatan.
Menurut Prof. Raymond, LP sebenarnya jauh lebih ringkas dan mudah jika dibandingkan dengan prosedur asalnya, iaitu dengan menebuk tempurung otak.
Setiap hari, sebanyak 500cc cecair serebrospina dihasilkan oleh seseorang manusia.
Cecair serebrospina ialah cecair yang mengalir dalam saraf tunjang dan otak. Ia terletak antara ruang membran dalam vertebra dan tengkorak.
Ia juga bertindak sebagai kusyen pada saraf tunjang. Aliran cecair mengalir di antara saraf tunjang dan kepala.
Cecair ini mengandungi zat-zat makanan yang terdapat dalam darah dan ia berfungsi mengumuhkan bahan-bahan buangan metabolik dari tubuh.
Cecair serebrospina yang normal tidak berbau, tidak dijangkiti kuman, berwarna jernih dan agak likat sedikit daripada air.
Bagaimanapun, menurut Prof. Raymond, jika cecair serebrospina yang dikeluarkan melalui prosedur LP ini berwarna pekat daripada biasa, tekanan cecair ini akan disukat.
``Cecair yang dijangkiti kuman akan keruh, lebih pekat, bertekanan tinggi dan ada kalanya berbau kerana terdapat nanah,'' katanya.
Prof. Raymond menjelaskan, istilah mengambil air tulang belakang seperti yang diguna pakai oleh sebahagian besar masyarakat Melayu sebenarnya tidak tepat.
``Istilah ini kerap dianggap oleh kebanyakan orang sebagai satu kaedah mencucuk tulang belakang dan mengambil air dari dalam tulang.
``Hakikatnya LP langsung tidak mencucuk tulang untuk mengambil cecair serebospina. Sebaliknya, jarum tersebut dicucuk di antara tulang-tulang yang terdapat pada tulang belakang ke dalam satu ruang cecair yang terletak jauh dari saraf tunjang,'' jelas beliau.
Menurut beliau, pengambilan air tulang belakang yang lebih tepat ialah pengambilan sumsum tulang yang dapat membantu menangani masalah leukemia.
Namun, beliau tidak menafikan terdapat kes di mana pesakit menjadi lumpuh selepas LP dilakukan.
``Kejadian itu berlaku bukanlah kerana prosedur itu sendiri, sebaliknya disebabkan oleh penyakit terbabit.
``Ini kerana risiko LP terlalu rendah dan ia adalah 100 peratus selamat,'' ujarnya.
LP, kata Prof. Raymond, boleh diaplikasikan kepada semua peringkat umur daripada kanak-kanak, remaja hingga orang dewasa.
Biasanya LP digunakan untuk mengenal pasti punca sebenar meningitis (radang selaput otak).
``Selagi doktor tidak memperoleh punca sebenar meningitis, selagi itulah doktor hanya memberi pesakit antibiotik empirikal (percubaan).
``Bagaimanapun, antibiotik ini diberi hanya untuk sementara ketika menunggu keputusan ujian yang sebenar,'' katanya.
Menurut Prof. Raymond, adalah satu perbuatan yang salah dari segi etika perubatan memberi pesakit apa juga jenis ubat tanpa mengetahui punca penyakit yang dihidapi.
``Selain kesan sampingan yang berbahaya pada diri pesakit, ia turut menyalahi etika perubatan. Kosnya juga tinggi,'' ujarnya.
Halangan-halangan pembedahan LP
Meskipun LP merupakan kaedah yang paling popular dan mudah dilakukan untuk mendiagnos sesuatu jenis penyakit, namun dalam keadaan-keadaan tertentu prosedur ini tidak akan dilakukan.
Walaupun ada pesakit mendesak doktor supaya melakukan LP untuk mengetahui punca penyakit yang mereka hidapi, LP tidak akan dilakukan jika:
- Terdapat ketumbuhan besar dalam otak
Mereka yang disahkan mempunyai ketumbuhan yang besar dalam otak tidak boleh menjalani prosedur ini.
Ini kerana kedudukan pangkal otak akan menurun melalui lubang dalam tempurung otak semasa prosedur ini dilakukan.
Apabila pangkal otak menurun ke dalam tempurung otak, ia boleh menghimpit pangkal otak dan menyebabkan sistem pernafasan berhenti
- Pendarahan dalam otak yang ketara
- Otak yang bernanah (cerebral abscess)
- Ada jangkitan pada bahagian kulit belakang yang dicucuk.
Sehubungan itu, bagi memastikan keadaan pesakit selamat, doktor akan melakukan CT Scan untuk mengesahkan tiada ketumbuhan dalam otak.
Tanda-tanda seperti kelumpuhan atau sawan ialah antara gejala yang berlaku akibat ketumbuhan dalam otak.
Tujuan pengambilan air tulang belakang
Pengambilan air tulang belakang bertujuan untuk mendiagnos:
- Penyakit meningitis (radang selaput otak)
- Encephalitis
Penghidap penyakit ini wajib melakukan ujian LP untuk mengenal pasti punca sebenar berlakunya penyakit tersebut
- Sistemic Lupus Erythematosus (SLE)
- Tekanan cecair otak terlalu tinggi yang bukan disebabkan jangkitan atau Benign Intracranial Hypertension (BIH)
BIH yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan pesakit hilang penglihatan. Sesetengah pesakit mengalami penyakit saraf periferal (periferal neuropathy).
Tekanan cecair otak normal tetapi ventrikel otak kembang atau normal pressure hydrocephalus.
Bahaya penyakit ini jika dibiarkan tanpa rawatan ialah ia boleh menyebabkan individu terbabit nyanyuk, hilang kawalan kencing (incontinence) dan gait disturbance iaitu sejenis masalah keseimbangan ketika berjalan.
Prosedur LP
Sebelum prosedur LP dilakukan, doktor akan:
- Memberi penjelasan kepada keluarga
- Mendapatkan kebenaran. Di sesetengah negara, prosedur ini tidak memerlukan kebenaran kerana ia diperakui selamat sejak dahulu lagi.
- Kedudukan pesakit - pesakit perlu berada dalam kedudukan mengiring dan membongkokkan badan hingga muka bertemu dengan lutut seperti udang.
Ini bagi membolehkan ruang antara tulang belakang terbuka. Ia juga bagi memudahkan jarum masuk ke ruang cecair sekali gus mengelakkan jarum tercucuk pada tulang atau saraf.
Doktor akan mengenal pasti tempat untuk mencari ruang iaitu antara dua vertebra L4 dan L5.
Bahagian ini ialah bahagian yang paling selamat.
Bahagian yang akan disuntik dicuci dengan iodin supaya proses pengambilan cecair ini bebas daripada kuman.
Prosedur yang secara puratanya mengambil masa hanya 10 minit itu akan dilakukan di wad. Pesakit tidak perlu dimasukkan ke bilik pembedahan.
Pesakit akan dibius setempat sebelum prosedur ini dilakukan.
Cecair serebrospina yang telah diperoleh akan ditakung dalam beberapa tabung uji yang kecil. Kesemua contoh cecair ini akan dibawa ke makmal mikrobiologi dan biokimia untuk mengesan jenis bakteria yang terdapat di dalamnya dan kandungan cecair .
Ujian ini akan dilakukan seberapa segera iaitu dalam tempoh satu jam.
Kesan selepas prosedur
- Pesakit perlu baring terlentang sekurang-kurangnya selama enam jam bagi membolehkan lubang yang terbuka tertutup semula
- Prosedur ini akan menyebabkan tekanan darah rendah buat sementara waktu
- Individu yang terus bangun dan berjalan selepas LP akan berasa pening atau ditimpa sakit kepala yang berat atau pengsan
- Individu terbabit dinasihatkan supaya minum air dengan banyak.
Rawatan
Rawatan pesakit akan ditentukan berdasarkan hasil keputusan ujian cecair terbabit.
Biasanya ujian meningitis akan mengesahkan keputusan 100 peratus, manakala encephalitis kurang daripada 70 peratus.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2kjSCHDj7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, November 14, 2013

Duhai anak2 ku sayang.... (admitted in Gh Penang)

11 Nov 2013

Hari ni Baby Aimi dan Kak Yang admitted sebab demam panas. Adik 3 kali diserang sawan. Episode pertama bermula dirumah; duration dalam 2 minit. Tapi hati rasa tak tenang sebab lepas attack kali ni Adik nampak lain macam.  Badan tak berhenti menggeletar dan kebiruan. So terus bawa Adik ke kecemasan GH Penang.  Time tu Kak  Yang masih sihat cuma badan agak desar.

Adik semasa di kecemasan

Di wad Adik sekali lagi diserang sawan pada jam 3 ptg.  Melompat ibu naik ke katil terus stimula adik. Kali ni duration masih dlm 2 minit. Hati mula rasa tak tenang...

Dalam pukul 7 terpandang Atok bersama Kakak Aina melangkah masuk ke wad.  Dada dah berdegup kencang sebab tadi Atok dah balik dari melawat Adik...lepas tu nampak Cik Su sedang mendukung Kak Yang diluar wad...I know she's not doing well at the moment.  Rupanya demam panas 38.9... Terus bawak Kak Yang ke kecemasan pula dan turut dimasukkan kkewad.

Malamnya sewaktu Ayah sedang menemani Kak Yang ambil darah dan set line, Adik sekali lagi sawan. Kali ini agak lama dan sudah kebiruan...on the spot doc insert Diazepam Supp dan on phenobarbitone.  Dan sungguh kali ini nampak sangat2 llain serangan sawan Adik.




Cinta hati saya sedang berjuang...Subhanall...kuatkanlah hati jni yang semakin rapuh

Friday, November 8, 2013

Berfikir sebelum berkata²- Khas buat En Safuan!!

Sehari dua ini kami ibu bapa kepada anak-anak istimewa amat terkesan dengan hasil tulis En Safuan, blogger yang tidak diketahui siapa gerangan sebenarnya...Secara tiba² kami 'diserang' dengan luahan perasaannya yang aku anggap seperti cuba melempiaskan ketidakpuasan hatinya sendiri.  

Dia telah mempersoalkan perkataan 'anak syurga' yang digunakan oleh Kak Saripah Bakar kepada anak istimewanya, Along.  Subhanallah...memang benar syurga dan neraka bukan hak kita untuk menentukannya.  Tetapi bila terang-terangan saudara Safuan ini melebihkan binatang iaitu kucing yang diceritakannya, lebih daripada anak istimewa yang dia panggil 'CACAT', bukankah dia sendiri tidak layak menduduki syurga?  Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian...inikan pula anak istimewa yang tiada dosa...tiada khilaf.  Anak istimewa yang hidupnya bergantung 100% kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan...Pernah terfikir tatkala anak-anak ini menangis, adakah lapar perutnya?  Adakah sakit badannya? Adakah bosan hanya terbaring di atas katil tanpa bisa bergerak ke sana kemari? Bosan menjamah bubur nasi tanpa bisa merasa nikmatnya merasa coklat, asikrim, KFC, Mc D... Adakalanya mereka ketawa terbahak-bahak seorang diri tanpa ada sesiapa disekeliling...sukakah mereka? gembirakah mereka? Pernah saudara membayangkan hidup kami seharian...bila malam menjelma tatkala anda semua lena dibuai mimpi indah, kami tidak bisa melelapkan mata, memikirkan masa depan anak-anak ini.  

Bagi aku anak-anak istimewa dan golongan kelainan upaya memang layak digelar anak syurga.  Kerana dengan adanya mereka, kami lebih banyak mengingati Allah...kami lebih banyak mencari rezeki, berusaha membuat yang terbaik demi mereka.  Merekalah sumber kekuatan...


Didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

Ya Allah...Engkau berikanlah hidayah kepada Saudara Safuan dan juga insan-insan lain yang masih belum terbuka mindanya menerima kehadiran anak-anak istimewa di dalam kehidupan ini.  Sungguh memalukan bila saudara sesama Islam sendiri yang cuba menjatuhkan harapan kami ibu bapa yang saban hari berjuang bermati-matian untuk anak istimewa yang dipinjamkan buat kami...Entahkan sebulan, setahun, 10 tahun, 20 tahun kami dapat menjaga amanah ini...Dan Engkau berikanlah kami kekuatan, kesabaran, kecekalan untuk terus membela nasib golongan kelainan upaya terutama anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.  Berkatilah perjuangan kami ini....kami berjihad demi masa depan mereka.


Buat En Safuan, hayatilah ayat dibawah ini....
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”.  Demikianlah ingatan Allah dalam Surah At Tiin, Ayat 4-5.


AKU SAYANG ANAK SYURGA KU NUR AIDA QALESYA SAMPAI KE AKHIR HAYAT....