Tuesday, September 10, 2013

Percutian tidak dirancang

Bismillah...

01 September 2013, jam 11 pagi kami bertolak ke Klang untuk menyambung rawatan stimulaterapi Kak Yang.  Kali ni Atok menemani kami 5 beranak.  Sian pulak kat Atok yg kena jadi babysitter dalam keta..bergilir² kena riba cucu².  Petang tiba di rumah Angah dan malam terus Ayah bawa Kak Yang ke klinik stimula kerana risaukan keadaan Kak Yang yg agak merosot sedikit setelah lama bercuti.  Seperti dijangka, angkara sang buaian; spine Kak Yang dah mula membengkok ke kanan tapi tidaklah terlalu memudaratkan...very mild.  And also her spasm is getting worst and more frequent nowadays huhhu...

Jam 11 malam pulang semula ke rumah Angah.  Dan rupanya negeri Selangor sedang dilanda masalah ketiadaan air akibat tumpahan sisa diesel ke empangan.  Aduhhh...very wrong timing.  Atok decide semua pergi umah Pak Teh di Seremban (the best solution we can do at the moment).  So malam tu juga kami bertolak ke kampung halaman; dalam keletihan yg amat sangat memandangkan belum sempat rest setibanya dari Penang.  Ayah yg exhausted berjaya jugak drive walaupun mengantuk tahap gaban *tepuk.bahu.ayah*.  Pukul 3 pagi sampai disana.

Inilah dikatakan percutian tak dirancang.  Tetiba dah jadi famili vacation plak hehehe.  Dapat balik ke rumah Arwah Wan dan jumpa Acu.  Sempat jugak berjumpa dengan Supermum di Seremban.  Seronok dapat berjumpa kali pertama dan berkenalan dgn Supermum Mie Kay dan Kak Berdiana.  Begitulah kami walau berada dimana² pasti mencari peluang berjumpa dgn geng Super Angels ☺

ok jom tgk pic unplanned vacation kami!










1 comment: