Monday, September 23, 2013

aku diuji lagi....Adik Aimi diserang sawan

12 September 2013

Hari ni tetiba ibu buat keputusan x nak bwk Adik Aimi ke klinik stimula. Sebab pikir senang sket nak observe dan study Mak Ija buat stimula. So memang seharian ibu dalam bilik rawatan bersama Mak Ija.  Memerhati sambil menimba ilmu....

Petang Mak Ngah wassap cakap Adik demam.  Aduhhh kenapa tetiba ja ni...Mak Ngah cakap nampak Adik dok main2 gusi dia, macam nak naik gigi.  So ibu pun x dak la panik sgt.

Malam kami sampai umah Mak Ngah, Adik excited sgt nampak ibu dan kakak2.  Siap tepuk tangan , panjat riba ibu, cium pipi. Badan pun x da la panas sangat cuma dedar.  Tapi bila dah smpi tengah malam badan Adik semakin panas...aduhai hati dah makin cuak.  Pulun lap badan Adik dan bagi makan ubat sampai Adik terlelap.  Tapi yg menyusahkan hati ibu bila Adik mula tersentak2 masa tido. Something is not right...i just can feel it at the moment.

Esoknya Adik diserang sawan 3x. Suhu badan mencecah 39.1. Ayah di Penang dah mula panik minta bawak Adik segera ke hospital. Terus ibu tinggalkan Kakak Aina dan Kak Yang dengan Mak Ija diklinik stimula.  Hati berdebar...

Di Unit Kecemasan kami menunggu hampir sejam sebelum Adik diperiksa. Jeritan Adik yg mungkin kesakitan langsung x diendahkan.  Ibu lihat doktor-doktor relax ja ke hulu hilir mcm bukan unit kecemasan. Langsung x cemas....@ memang misi jabatan mereka macam tu. Sentiasa tenang walaupun ketika kecemasan...huuhuhu
After 2 hours barulah Adik admit ke Wad 6B Hospital Klang.

Mujurlah malam tu Ayah memang dah beli tiket ke Klang.  Secara kebetulan...sampai Klang kol 6 pagi Ayah terus datang ke wad.  Tapi Adik langsung x nak tengok Ayah.  Mengamuk bila Ayah dukung dan puuk dia.  Aduhai merajuk sakan anak manja ayah ni...gamaknya marah sebab Ayah x ada masa dia sakit.

3 hari juga Adik stay dalam wad.  Sepanjang hari asyik ingatkan kakak2.  Tapi ibu x susah hati sebab ibu tahu mereka baik2 saja dengan Mak Ija dan juga Mak Ngah.  Kak Yang pandai bawak diri bila ibu x ada.  Semua cakap Kak Yang baik sangat, langsung x meragam. Subhanallah kuasa Allah kan...

Nampaknya pasni kena berhati2 klau Adik demam.  X boleh dibiarkan terlalu panas...possibility terkena fibrele fit amat tinggi. Harap2 x adalah kesan sampingan yg negatif pada Adik...

Mood: aku terus-terusan diuji...benar Dia menyayangi kami sekeluarga hingga x putus ujian Dia berikan pada kami.

 Laranya hati bila Adik begini....

 Adik keletihan....

 Adik sudah mula sihat...

Teman2 datang melawat membawa menu gathering huhuhu

1 comment: