Thursday, August 22, 2013

Raya oh Raya

Selamat hari raya buat semua...eh ada ka yg baca blog ni ye hehehe...ampun dan maaf dipinta andai pernah melakukan kesilapan secara senfaja atau x disedari.  Kdg org utara ni melawak kasar...takut ada yg termakan hati.  Org utara jiwa kental punya, bab tu kasar kot hehe..

Tahun ni kami sambut raya di umah Atok di Sg Petani.  Tapi dua hari seblum raya sempat lagi bawa Angel Isya berkampung di Kuala Nerang utk stimulaterapi.  Mujur la bawa juga sebab rupanya muscle kaki Angel dah stiff gara2 terlebih fisio...stress huhuhu

Alhamdulillah tahun ni dapat beraya sakan bab kesihatan Angel amat superb.  Mengenangkan setahun yg lalu bila petang seblum hari raya baru kuaq dari wad.  Malam raya ibu dan ayah sibuk shopping di Tesco.  Dapat la Powerpuffs beraya dgn baju baru walaupun disaat akhir.  Biarlah x ada brand pun ye...

Kembali ke raya tahun ni....hehehe..raya pertama kami beraya 5 biji rumah. Konvoi 5 biji keta teman Atok nak beraya umah menantu-menantu lelaki.  Keluar umah Atok pukul 12 tengahari sampai la pukul 11.30malam baru balik. Dari ke Sg Petanj-Kepala Batas-BM- Balik Pulau-Bagan.  Syukur la Powerpuffs x buat perangai.  Baik ja seharian berjalan...

Dalam pada tu raya ke dua sempat juga bergathering sambil berstimula dengan geng Super Angels.  Walau masih mood beraya kami tetap teruskan terapi buat angel kami. Fighting!

Jom layan picca raya kami ye




Sunday, August 4, 2013

eksiden!!!!

Macm nilah rupa keta Super Ayah selepas kena langgar dgn moto.  Baru ja abih shoping kat Giant petang kemarin.  Kuar dari parking, tetiba nampak mat motor ni memecut laju ja kuar parking. Dah la masuk salah jalan, suka hati ja pecut sambil muka tengok belakang.  Super Ayah yg nampak moto ni dari jauh membunyikan hon dan stopkan keta.  Mat motor yg dah gelabah tu terus laju menghentam sisi keta.  Terkejut ibu. Nasib baik time tu memang tengah peluk Angel...klau tk, mau terkejut dia....

sedih tengok keadaan keta..dah la nak beraya dah.  Harap budak moto tu akan bayar gantirugi macam yg dibincangkan.  Apapun tiap yg berlaku ada hikmahnya...syukur tiada yg cedera masa ni. Duhai Super Ayah, sabar ye sayang.