Tuesday, July 30, 2013

Hadiah terindah....


Biar gambar di atas berbicara sendiri....

Syukur padaMU Ya ALLAH yang memberi kami kekuatan dan membuka jalan buat anak syurga ini.  Alhamdulillah setelah 3 bulan kami berkelana meninggalkan istana sendri dan menumpang teduhan saudara, demi membawa bidadari ini menjalani terapi...ternyata jalan yg kami pilih berbaloi.  Bukan sedikit ujian dariMU di pertengahan usaha kami tetapi berkat istiqamah, bidadari ini berjaya melalui saat hitam itu.  Sesungguhnya kekuatan kami kerana dia...

Siapa sangka anak yg hampir setiap hari menghabiskan masa dihospital sebelum ini telah sihat sepenuhnya.  Tiada lagi ryles tube, mesin suction, nebulizer, pneumonia, fibrele fit, demam panas, sembelit....Dia kini mampu menyusu seperti biasa, makan soft diet, bergolek ke kiri dan kanan, menjulur ke depan walau hanya sedepa, sedang cuba utk duduk dan berdiri.

Syukur...syukur...syukur...

Perjalanan masih jauh dan masih banyak yg perlu ditempuh.  Ini baru langkah pertama buat bidadari.  Engkau berilah kami kekuatan dalam terus berjuang dan murahkanlah rezeki buat bidadari ini.

Ku anggap semua ini takdir ALLAH yang menemukan kami dengan insan yg betul pada masa yg tepat...rezeki buat bidadari yg tiada tandingannya.  Terima kasih YA ALLAH....terima kasih pada keluarga dan sahabt yg sentiasa memberi sokongan moral danjuga bantuan kewangan. Dan yg teristimewa buat keluarga angkat kami di Pusat Kesihatan Stimulatherapy Klang.

No comments:

Post a Comment