Wednesday, July 31, 2013

Angel Isya dan bekam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Angel berpeluang mencuba bekam dengan Auntie Ju Afidah Ayob. 2 kali berbekam di bahagian badan dan 3 kali di kepala.  Bekam dikepala sebab Angel mengalami masalah imsonia atau susah tidur yg amat kritikal sejak balik dari Klang. Hampir 2 minggu juga Angel tak boleh tidur, tak kira siang malam.  Memang betul2 menguji minda huhuhu. Setelah disarankan oleh Kak Ju untuk mencuba bekam di kepala, kami menerjah ke Kulim selama 3 hari berturut.  Dan syukur seminggu selepas berbekam masalah tisur Angel sudah tiada.

Berbekam merupakan sunnah Nabi dan syukur kerana Angel dapat mencuba rawatan ini dengan dorongan Kak Ju. Bekam dapat membuang segala kekotoran badan dan juga 'makhlus halus' yg cuba untuk menumpang di dalam badan kita. Bekam dikepala juga dapat menghilangkan sawan. Insyaallah nanti ibu akan cuba mencari maklumat terperinci mengenai bekam dan berkongi bersama semua...




X sakit pun.. siap posing lagi kan heheheh

Super Kakak berwajah baru

Lama tak berbicara pasal Kakak Aina kan...Kakak skang terpaksa diberhentikan sekolah sebab ibu tengah sibuk dgn terapi Angel. Pengorbanan dari seorang kakak...sedih bila kekadang Kakak berlakon sorang2 kat umah..bersiap macam nak pi sekolah. Kekadang cerita tentang kawan2 di sekolah dan umah mengasuh...tapi Kakak skang dah semakin pandai dan tahu tanggungjawab sebagai kakak. Dah boleh bantu jaga adik2 walau kadang tu memberontak jugak sebab tak larat nak tolong ibu. Tapi what to assume, she's only 4 years old kan...

ok skang mari kita tengok wajah terbaru Kakak...rambut baru sempena raya hehehe

Cantik tak saya?

Tuesday, July 30, 2013

Hadiah terindah....


Biar gambar di atas berbicara sendiri....

Syukur padaMU Ya ALLAH yang memberi kami kekuatan dan membuka jalan buat anak syurga ini.  Alhamdulillah setelah 3 bulan kami berkelana meninggalkan istana sendri dan menumpang teduhan saudara, demi membawa bidadari ini menjalani terapi...ternyata jalan yg kami pilih berbaloi.  Bukan sedikit ujian dariMU di pertengahan usaha kami tetapi berkat istiqamah, bidadari ini berjaya melalui saat hitam itu.  Sesungguhnya kekuatan kami kerana dia...

Siapa sangka anak yg hampir setiap hari menghabiskan masa dihospital sebelum ini telah sihat sepenuhnya.  Tiada lagi ryles tube, mesin suction, nebulizer, pneumonia, fibrele fit, demam panas, sembelit....Dia kini mampu menyusu seperti biasa, makan soft diet, bergolek ke kiri dan kanan, menjulur ke depan walau hanya sedepa, sedang cuba utk duduk dan berdiri.

Syukur...syukur...syukur...

Perjalanan masih jauh dan masih banyak yg perlu ditempuh.  Ini baru langkah pertama buat bidadari.  Engkau berilah kami kekuatan dalam terus berjuang dan murahkanlah rezeki buat bidadari ini.

Ku anggap semua ini takdir ALLAH yang menemukan kami dengan insan yg betul pada masa yg tepat...rezeki buat bidadari yg tiada tandingannya.  Terima kasih YA ALLAH....terima kasih pada keluarga dan sahabt yg sentiasa memberi sokongan moral danjuga bantuan kewangan. Dan yg teristimewa buat keluarga angkat kami di Pusat Kesihatan Stimulatherapy Klang.

Monday, July 15, 2013

Super Baby Bornday

Hepi besday to u....hepi besday to u...hepi besday to chimie...hepi besday to u....

Alhamdulillah....06 Julai 2013 genap setahun usia anak bongsu Ibu. Sekejap je masa berlalu...macam baru ja kita sekeluarga melalui saat2 sukar bila Kak Yang selalu admit wad. Dari Ibu mengandung sehinggalah berpantang Adik Aimi, hidup kita banyak dihabiskan di wad...syukur Adik memang x banyak ragam sejak dari dalam kandungalagi...sampai terkdg Ibu terlupa sedang mengandung...langsung tiada alahan sehingga mampu menjaga Kak Yang di wad sewaktu sarat menunggu hari. Paling menyedihkan bila terpaksa berjauhan dari Adik semasa dlm pantang...bergilir bersama Super Ayah dan mama menjaga Adik dan Kak Yang. Saat emosi terganggu bila Adik terpaksa dijaga oleh Tok Umi di kampung. ..saat Adik baru berusia 2 minggu terpaksa diberi susu formula krn hari yg sama Adik dibawa pulang ke Balik Pulau..syukur Adik tidak memilih orang dan serasi dgn siapa saja yg menjaga Adik...

Cukup cerita duka...

Skang Adik dah besar...bru menginjak usia setahun sudah 12kg...hehehe. Adik dah semakin lasak dan aktif. Hobi memanjat sofa dan semua yg  boleh dipanjat. Suka menyakat kakak2 smpai Kak Aina menangis...suka membuli Kak Yang x pandai melawan lagi. Sangat2 cemburu skang bila Ibu melayan Kak Yang huhuhu

NUR AIMI QADIJAH, IBU SAYANG ADIK...TERIMA KASIHBKERANA HADIR DALAM HIDUP KAMI SEMUA.  REALLY MAKES US PROUD OF U BABY!