Sunday, May 12, 2013

Kisah kami di Harian Metro

Hari ni Ibu tumpang glamer Kak Yang...kisah Kak Yang diabadikan dalam Harian Metro.

Sebak dan terharu kerana niat menyatukan semua bidadari syurga terlaksana...moga dapat membuka mata masyarakat...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013051301035720130513010357/Article/index_html



Saturday, May 11, 2013

Apa itu Stimulatherapy?

Dalam sibuk² Ibu bercerita tentang Stimulatherapy Kak Yang, pasti ramai tertanya² apakah kaedah pendekatan terapi ini kan?  Mari kita luangkan masa memahami maksud sebenar Stimulatherapy...

Stimulatherapy adalah satu kaedah rawatan yang diasaskan oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah (DIMP, PJK).  Terapi ini ialah satu terapi holistik yang berupaya menyeimbangkan tubuh badan, minda dan semangat sekaligus merangsang atau menggalakkan kepada gaya hidup sihat.  Terapi adalah satu kaedah rawatan yang berasaskan sistem pengubatan tradisional/awal seperti mana juga yang tertulis dalam Huang Di Nie Jing - The Yellow Emperor Book of Medicines. 

Ianya merupakan satu kaedah perubatan yang merangsang titik-titik tertentu pada tubuh mengikut prinsip keseimbangan ying & yang melalui terapi urutan & accupressure (tekanan menggunakan jari).  Tubuh manusia mempunyai 365 titik 'reflex' & 'distal'.  Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada kesihatab organ² tertentu.  Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh membentuk saluran tenaga (energy channel) atau meridian darah.

* Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
* Ahli Persatuan Pengamal Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL)
* Perawatan semula jadi tubuh
* Tiada kesan sampingan
* Berkesan secara fizikal dan psikologi
* Membantu mengubah cara hidup yang negatif
* Ianya rawatan komplimentari iaitu menjadi pelengkap kepada rawatan moden


TERAPI MINDA

Adakah anak anda...
1. Menghidap Cerebral Palsy/Dyslexia/Autism
2. Mengantuk semasa proses pembelajaran
3. Tidak dapat memberi penumpuan (fokus) semasa belajar
4. Malas untuk belajar
5. Lemah atau lembab
6. Kurang aktif
7. Gemar bermain "game:/ menonton tv
8. Gemar makanan ringan & 'fast food'

JANGAN  KHUATIR, MEREKA BUKAN MALAS ATAU LEMAH!
ANAK² ANDA MENGHIDAP "OXYGEN DEFICIENCY DISEASE"
IANYA BOLEH DIRAWAT MELALUI TERAPI MINDA


*sumber dari Pusat Kesihatan Stimulatherapy Klang


Post seterusnya akan Ibu ceritakan perkembangan Kak Yang sepanjang menjalani rawatan Stimulatherapy secara intensif selama 2 bulan.  

Tunggguuu.... :)