Sunday, April 28, 2013

Bila mereka diserang sawan serentak :'(

20 April 2013

Malam terakhir berstimulaterapi...

Perasaan sedih bila sewaktu meninggalkan Pusat Kesihatan Stimulatherapy Klang. Maklumlah sebulan berkampung hampir setiap hari disana...warga Stimula dah jadi seperti keluarga sendiri.  Pilu hati Ibu saat memandang ke luar kereta, kelihatan Kak Ija memeluk erat suaminya sambil menangis tersedu-sedan seperti berat melepaskan kami pulang...sebenarnya Ibu juga seperti berat hati untuk pulang ke Penang esok.  Jelas terpancar kasih sayang Kak Ija kepada anak² terutama pada Kak Yang.

Anak² juga seakan sedih apabila masing² mula meragam.  Ibu meletakkan Kak Yang di seat dan mengangkat Adik Aimi yg sedang menangis.  Adik Aimi memang sudah mulai demam ptg itu...sebaik mengangkat, Adik Aimi menjerit sekuat hati dan teruk diserang sawan. Ya Allah, baru 100 meter perjalanan kami, lantas Ayah memecut membuat pusingan dan berpatah balik ke klinik.  Mata Adik memandang ke atas dan badan mulai pucat.  Paling menyedihkan Ibu bila si Kakak Aina menangis sendirian melihat Adik Aimi diserang sawan didalam kereta.  Kakak Aina memeluk erat Kak Yang disaat itu seperti memahami situasi cemas disaat itu...  Belum sempat Ayah brek, Ibu sudah melompat keluar kereta dan menyerahkan Adik ke tangan Abg Jalil.  Saat itu Ibu lihat Kak Ija masih bersedih di dalam klinik.  Lantas dia terus membuat rawatan stimula kepada Adik.

Selesai rawatan Adik, kami membuat keputusan untuk bermalam di klinik memandangkan Adik masih belum stabil.  Badan masih panas dan Adik merengek sepanjang malam.  Lebih kurang pukul 2 pagi, keadaan Adik nampak semakin teruk.  Badan mulai pucat dan biru semula...Abg Jalil memberikan air penawar utk Adik.  Selesai berselawat, Ibu menyuapkan air penawar ke mulut Adik.  Sebaik air masuk ke mulut Adik, Adik terus terdiam.  Tiba² Kak Yang yg tidur disebelah Adik membeliakkan mata dan memandang Adik Aimi.  Dan Kak Yang terus diserang sawan pula...astaghfirullahalazim...Ibu terus terkedu melihat mereka semua cuba memulihkan Kak Yang.

Rasanya sudah tiada airmata malam ini bila kedua anak kecil Ibu diserang sawan di depan mata.  Beratnya tiada tergambar dgn kata²...sesaknya dada, sakitnya jiwa.  Benarlah DIA begitu menyayangi kami....tak putus² dugaan datang dari-NYA buat kami.  Ujian bersilih ganti...kekadang rasanya sudah tidak kuat lagi menghadapi semua ini...

Inilah kehidupan kami yg penuh berliku...


 Gambar sebelum kejadian malam tersebut.  Lihatlah betapa pucatnya Adik Aimi disaat ini...


Wednesday, April 17, 2013

Bila Super Twins masuk hospital (bersamaan tarikh pemergian Wan Hindon)

12 April 2012

Hari ni genap 22 tahun arwah MAK pergi meninggalkan kami.  Kesedihan dan kerinduan masih sama seperti baru semalam arwah pergi buat selamanya.  Moga MAK terus aman disana...

Kak Yang dan Adik Aimi masih x sihat dah seminggu walaupun dah bawak ke klinik.  Hari ni keadaan Kak YAng makin x stabil dan menjelang malam, kami terpaksa jua membawa Kak Yang ke hospital kerana bimbang andai terlewat bertindak.  Melihatkan Kak Yang yg semakin lesu dan nampak kebiruan, kami bergegas ke kecemasan HTAR, Klang.  Dan seperti dijangka, servis yg amat lembab disana.  2 jam menanti di dalam ER sebelum masuk wad, tiada tindakan dari pegawai² perubatan.  Kak Yang menangis sepanjang menunggu disitu...

Sewaktu masuk ke wad dan ditempatkan di Katil 8, Kak Yang semakin kritikal dan semakin hampir diserang sawan.  Kami pantas melakukan tepid sponging dan doc hanya melihat kami smbil terus menyoal soalan² yg x relevan yg dah diulang 1000x sepanjang usia Kak Yang...lantas Ibu meminta doc sediakan Diazepam kerana melihatkan keadaan Kak Yang.  Kak Yang kembali stabil dan tertidur jam 2 pagi dan Ayah pulang ke rumah.

Tepat jam 6 pagi, BBM Ibu berbunyi. Rupanya Adik Aimi kembali demam 38.1.  Ya ALLAH, gelap rasanya, menangkap ke kepala.  2 jam kemudian, Adik Aimi pulak dimasukkan ke wad dan diletakkan bersebelahan Kak Yang.

Sepanjang di wad, Adik Aimi demam on off.  Suhu badan yg langsung x dapat dijangka.  Dalam elok² sedang bermain, Adik akan baring keletihan...bila check suhu, panas melebihi 38.  Tak putus² Ibu dan Ayah buat tepid sponging pd Adik smpaikan Adik selsema kerana kesejukkan.  Peliknya doc masih x mahu on antibiotik pd Adik kerana demam biasa katanya...aduhai, demam luar biasa mcm mana lagi ya baru nak bertindak sedangkan Adik pernah diserang fibrele fit 2 minggu lepas.

Kak Yang pula agak stabil semasa di wad.  Perlu di neb 4 jam sekali dan suction.  Kak Yang x banyak meragam seperti Adik. Banyak masa dihabiskan dengan tidur, mungkin kerana antibiotik.

Pengalaman menjaga Super Twins kali ni memang mencabar bagi kami.  Selalunya boleh bergilir² menjaga diwad dan berehat dirumah.  Tapi kali ni sama² menjaga diwad.  Kesian pada Kakak Aina yg terpaksa ditinggalkan bersama Mak Ngah dan Mak Lang.  Walaupun hati seperti dihiris setiap kali mendengar esak tangisan Kakak Aina ditalian, mahukan Ibu...tetap digagahkan jua untuk adik².

Hanya Tuhan yg faham perasaan Ibu disaat itu...hati seorg Ibu, manakan mahu berpisah dgn anak²...Syukur selepas 3 hari, Super Twins dah boleh balik walaupun keadaan Kak Yang masih x stabil dan kepenatan.  Moga anak² Ibu diberi kesihatan yang sempurna selepas ni. Amin....


Kapar-20130414-00958.jpg

 Kapar-20130415-00960.jpg

 Kapar-20130415-00963.jpg

Kapar-20130414-00956.jpg

Kapar-20130414-00953.jpg


Kapar-20130414-00954.jpg

Kapar-20130414-00951.jpg



Monday, April 1, 2013

Kak Yang dan Stimulaterapi

Semasa Gathering Super Angels 2012 di Shah Alam, kami telah didedahkan teknik Stimulaterapi oleh Pusat Rawatan Stimulatherapy Klang dikendalikan oleh Pn Jueriah a.k.a Kak Ija.  


01 Mac 2013
Kak Yang mula mencuba stimula sewaktu team stimula Kak Ija turun ke Sg Petani.  Sejak hari tu, hati kecil Ibu merasakan terapi ini amat sesuai buat Kak Yang.  Cara rawatan yg lembut dan tidak terlalu extreme.  Selepas balik dari terapi, Kak Yang mula batuk dan memuntahkan kahak sepertimana telah diberitahu oleh Kak Ija; kesan dari terapi tersebut.

Kak Yang sewaktu rawatan pertama


08 Mac 2013 
Kami meneruskan terapi Kak Yang di Port Klang.  Kak Yang semakin menampakkan perubahan posisitf selepas menjalani terapi selama tiga hari berturut.  Ibu menguatkan hati, mula membuka ryles tube Kak Yang sejak dari hari tersebut. Alhamdulillah Kak Yang mula pandai menghisap kembali susu botol dan jugak breastfeeding. .  Walaupun pada mulanya amat risau kerana Kak Yang kurang makan dan berat badan susut mendadak.  Namun dengan tekad dan tawakkal kepada Allah, semakin hari semakin pandai menelan.  Kak Yang juga dah pandai makan bubur nasi dan nestum.

 
 dah mula mengangkat tinggi kepala


waaa kamuk²


26 Mac 2013
Ibu menyambung cuti tanpa gaji sehingga Mei 2013 dan Ayah start cuti separuh gaji selama sebulan untuk meneruskan terapi Kak Yang selama sebulan.  Syukur kerana mendapat sokongan penuh dari Ketua Jabatan kami, rakan² dan keluarga.  Mudah²an usaha kami membuahkan hasil kepada perkambangan Kak Yang...semuanya dengan izin Mu YA ALLAH...amin



Kak Yang dan rakan² berstimula :-

 Kak Yang bersama Mak Ija, therapist yg amat baik hati :)



 Kak Yang bersama Kak Bella

 Kak Yang bersama Nuha

Kak Yang bersama Abg Emil