Saturday, March 30, 2013

Baby Aimi diserang sawan demam!

29 Mac 2013

Balik dari sesi stimulaterapi Kak Yang, Adik Aimi demam 38.1.  Terus ibu bagi PCM Syrup dan Adik tertidur dalam buaian.

8.30 malam
Badan Adik semakin panas 39.1. Ibu baru mengambil Adik dari dukungan Ayah.  Tiba² Adik menjerit sekuat hati dan badan mula kejang. Ya ALLAH, Adik diserang sawan sebelum sempat Ibu bagi ubat.  Mata dah mula terkebil², mulut dah senget ke kanan.  Tangan adik menggeletar. PANIK!  Itu situasi kami ketika itu lantas berlari ke dapur dan Ayah membasahkan badan Adik yg masih kekejangan.Satu tindakan yg salah kerana sepatutnya Adik dibaringkan supaya oksigen terus dibekalkan ke otak.

Melihat Adik tiada perubahan dan semakin biru, Ibu mula menjerit pada Mak Ngah "Angah start keta! Angah start keta!." Dalam fikiran, rasa mahu saja berlari membawa Adik ke klinik terdekat.  Risau melihat Adik yg terus²an diserang, Ayah memasukkan Valium dan Adik amsih tidak berhenti.  Dalam perjalanan ke klinik barulah Adik mula menangis dan merengek.  Dalam hati Ibu mula terbayang bermacam² perkara negatif.  Bukan hendak meminta, jauh sekali berharap tetapi Ibu risau andai ditakdirkan Adik terkesan dari sawan tersebut.  Risau andai terkesan ke otak... 

Terus kami membawa Adik ke Unit Kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.  Agak kecewa dgn sistem pengurusan disini bila doktor bertugas hanya memeriksa suhu badan Adik dan kami dibiarkan menunggu hampir sejam di dalam ER sebelum dibawa ke wad.  Dan bila tiba di wad, Adik hanya diberi PCM Syrup pada jam 6 pagi.  Seperti kes Adik tidak penting bagi mereka disini.  Adik cuma admit selama sehari sebelum dibenarkan balik dalam keadaan masih demam 38.1 dan dibekalkan dengan antibiotik Penicllin sahaja.

Terbayang perkhidmatan di Hospital Penang...jauh lebih baik dari sini.  Andai disana, pasti doktor cemas menerima kes Adik di ER dan wad.  Sawan kot, bukannya demam biasa...setidak²nya masukkan drip @ antibiotik melalui darah, baru la cepat menyerap ke badan berbanding ubat makan.  Memang amat kecewa bagi kami yang risaukan keadaan anak kecil ini...

Alhamdulillah hari ini Adik dah sihat dan lasak seperti biasa.  Tapi fobia masih menghantui Ibu dan Ayah...risau bila Adik tiada di depan mata.  Kebiasaannya sawan demam akan berulang bagi kanak² yg pernah diserang.  Mungkin selama ini kami terlalu obses menjaga Kak Yang sehingga terlalai terlupa kesihatan Kakak Aina dan Adik Aimi. Maafkan Ibu dan Ayah...


Adik mula memanjat bila dah sihat :)

1 comment:

  1. uish... lain tempat lain cara depa treat pesakit kan.. kat mana mana pun mmg ade kekurangan ..ibu sabar yer..

    ReplyDelete