Saturday, March 30, 2013

Apa itu Demam Sawan (Febrile Fits)

Adik Aimi diserang  Sawan Demam, mari memahami apa itu  Sawan Demam @ Febrile Fits)

Apakah  Sawan Demam
-sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 38' c
- ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam
- lingkungan umur adalah antara 6 bulan hingga 6 tahun

Sebab-sebab  Sawan Demam
- demam terlalu tinggi kebanyakkan berpunca dari jangkitan bahagian atas saluran pernafasan atau jangkitan telinga (Otitis media) dan lain².

Bolehkan Sawan Demam Berulang?
Ya. 30% Sawan Demam boleh berulang.

Adakah Sawan Demam Mengakibatkan Kecacatan Otak?
Tidak. Kecuali apabila sawan berlaku melebihi 15 min.

Adakah ia Keturunan?
Ya. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami Sawan Demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.

Adakah ianya Boleh Mengakibatkan Epilepsi?
Hanya segelintir kanak² yang mendapat Sawan Demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsi.

Bagaimana Anda Mengenali Sawan Demam?
- badan terasa panas
- badan dan kaki tegang
- kaki dan tangan mungkin tergoncang tanpa rangsangan
- mungkin terjatuh
- mulut berbuih
- terbuang air kecil
- tertidur dan tidak sedar diri seketika
- apabila terjaga, juga terasa bingung seketika
- kemudian akan aktif semula

Apa Harus Anda Lakukan?
Ketika Demam
- lakukan mandi berjelum
- tanggalkan pakaian, pakaikan baju yg nipis sahaja
- berikan ubat Paracetamol sebagaimana yg diarahkan oleh doktor
- galakkan minum banyak air
- pasangkan kipas atau memberi peredaran udara yang baik

Ketika Sawan
- anda harus bertenang
- mengiringkan anak anda
- jauhkan barang² merbahaya disekitarnya
- jangan letakkan apa² didalam mulut
- jangan tinggalkan anak anda bersendirian
- sekiranya serangan sawan berpanjangan iaitu melebihi dari 5 minit, bawa ke pusat rawatan


(Sumber : Wad 6B,Hosp Tuanku Ampuan Rahimah, Klang)

No comments:

Post a Comment