Saturday, March 30, 2013

Apa itu Demam Sawan (Febrile Fits)

Adik Aimi diserang  Sawan Demam, mari memahami apa itu  Sawan Demam @ Febrile Fits)

Apakah  Sawan Demam
-sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 38' c
- ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam
- lingkungan umur adalah antara 6 bulan hingga 6 tahun

Sebab-sebab  Sawan Demam
- demam terlalu tinggi kebanyakkan berpunca dari jangkitan bahagian atas saluran pernafasan atau jangkitan telinga (Otitis media) dan lain².

Bolehkan Sawan Demam Berulang?
Ya. 30% Sawan Demam boleh berulang.

Adakah Sawan Demam Mengakibatkan Kecacatan Otak?
Tidak. Kecuali apabila sawan berlaku melebihi 15 min.

Adakah ia Keturunan?
Ya. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami Sawan Demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.

Adakah ianya Boleh Mengakibatkan Epilepsi?
Hanya segelintir kanak² yang mendapat Sawan Demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsi.

Bagaimana Anda Mengenali Sawan Demam?
- badan terasa panas
- badan dan kaki tegang
- kaki dan tangan mungkin tergoncang tanpa rangsangan
- mungkin terjatuh
- mulut berbuih
- terbuang air kecil
- tertidur dan tidak sedar diri seketika
- apabila terjaga, juga terasa bingung seketika
- kemudian akan aktif semula

Apa Harus Anda Lakukan?
Ketika Demam
- lakukan mandi berjelum
- tanggalkan pakaian, pakaikan baju yg nipis sahaja
- berikan ubat Paracetamol sebagaimana yg diarahkan oleh doktor
- galakkan minum banyak air
- pasangkan kipas atau memberi peredaran udara yang baik

Ketika Sawan
- anda harus bertenang
- mengiringkan anak anda
- jauhkan barang² merbahaya disekitarnya
- jangan letakkan apa² didalam mulut
- jangan tinggalkan anak anda bersendirian
- sekiranya serangan sawan berpanjangan iaitu melebihi dari 5 minit, bawa ke pusat rawatan


(Sumber : Wad 6B,Hosp Tuanku Ampuan Rahimah, Klang)

Nur Aimi Qadijah bt Aidil Azhar

Entry sebelum ni cerita tentang Adik Aimi diserang sawan tetapi Ibu x berkesempatan nak update mengenai Adik Aimi pun sebelum ni....

06 Julai 2012

Ibu selamat melahirkan puteri ke tiga Nur Aimi Qadijah dengan berat 3.6kg, biggest among all hehehe...actually Adik Aimi dah overdue 10 hari.  Kena admit sehari sebelum bersalin, masuk ubat pun Adik masih tak nak 'keluar' lagi.  Rasanya pengalaman bersalinkan Adik adalah yg paling tough bagi Ibu, sampaikan terpaksa request pakai mask sebab terlalu sakit.  Ibu ingat lagi akibat terlalu banyak menyedut ubat, Ibu sampai dah nak pengsan x sedarkan diri.  Nasib baik tetiba rasa nak meneran datang dan Ibu terus push walapun nurse yg terkejut cuba nak tutupkan semula kaki Ibu dan menahan dari bersalin.  Dalam hati memang menyumpah nurse tu, "Anak aku dah nak keluar hang sibuk nak tahan plak, nak bagi lemas ka??".  Abang pun dah cuak waktu nurse tu suruh Ibu tahan dulu hanya sebab dia x sempat nak pakai glove!

Agak terkejut bila doktor maklumkan Adik seberat 3.6kg kerana selama mengandung Ibu dimaklumkan baby kecil dan paling berat pun hanya boleh mencecah 2.8kg.  Excited nak balik cepat sebab Adik tak kuning, sama macam kakak².  Tapi amat kecewa bila dapat tahu Adik penghidap G6PD, penyakit yang selalunya dihidapi oleh bayi lelaki.  Hampir tidak percaya tetapi selepas dua kali ujian, tetap menunjukkan Adik positif G6PD dan terpaksa ditahan di wad selama 5 hari.

Tuhan saja yg tahu betapa siksanya perasaan disaat itu terpaksa berjauhan dari kakak² terutamanya KAk Yang yg masih menyusu badan.  Pertama kali tidur malam tanpa Kak Yang amat menyesakkan jiwa tetapi digagahkan jua demi Adik yg juga memerlukan perhatian Ibu...nasib baik Kak Yang amat memahami bila mahu minum susu botol.  

Serba sedikit foto Adik :-

baru kuar labour room

masa di PBU

hari pertama balik umah jumpa Kakak²

botak sudah

sudah pndai duduk

pandai panjat tangga

 pandai berenang

sejuk hati :)

Baby Aimi diserang sawan demam!

29 Mac 2013

Balik dari sesi stimulaterapi Kak Yang, Adik Aimi demam 38.1.  Terus ibu bagi PCM Syrup dan Adik tertidur dalam buaian.

8.30 malam
Badan Adik semakin panas 39.1. Ibu baru mengambil Adik dari dukungan Ayah.  Tiba² Adik menjerit sekuat hati dan badan mula kejang. Ya ALLAH, Adik diserang sawan sebelum sempat Ibu bagi ubat.  Mata dah mula terkebil², mulut dah senget ke kanan.  Tangan adik menggeletar. PANIK!  Itu situasi kami ketika itu lantas berlari ke dapur dan Ayah membasahkan badan Adik yg masih kekejangan.Satu tindakan yg salah kerana sepatutnya Adik dibaringkan supaya oksigen terus dibekalkan ke otak.

Melihat Adik tiada perubahan dan semakin biru, Ibu mula menjerit pada Mak Ngah "Angah start keta! Angah start keta!." Dalam fikiran, rasa mahu saja berlari membawa Adik ke klinik terdekat.  Risau melihat Adik yg terus²an diserang, Ayah memasukkan Valium dan Adik amsih tidak berhenti.  Dalam perjalanan ke klinik barulah Adik mula menangis dan merengek.  Dalam hati Ibu mula terbayang bermacam² perkara negatif.  Bukan hendak meminta, jauh sekali berharap tetapi Ibu risau andai ditakdirkan Adik terkesan dari sawan tersebut.  Risau andai terkesan ke otak... 

Terus kami membawa Adik ke Unit Kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.  Agak kecewa dgn sistem pengurusan disini bila doktor bertugas hanya memeriksa suhu badan Adik dan kami dibiarkan menunggu hampir sejam di dalam ER sebelum dibawa ke wad.  Dan bila tiba di wad, Adik hanya diberi PCM Syrup pada jam 6 pagi.  Seperti kes Adik tidak penting bagi mereka disini.  Adik cuma admit selama sehari sebelum dibenarkan balik dalam keadaan masih demam 38.1 dan dibekalkan dengan antibiotik Penicllin sahaja.

Terbayang perkhidmatan di Hospital Penang...jauh lebih baik dari sini.  Andai disana, pasti doktor cemas menerima kes Adik di ER dan wad.  Sawan kot, bukannya demam biasa...setidak²nya masukkan drip @ antibiotik melalui darah, baru la cepat menyerap ke badan berbanding ubat makan.  Memang amat kecewa bagi kami yang risaukan keadaan anak kecil ini...

Alhamdulillah hari ini Adik dah sihat dan lasak seperti biasa.  Tapi fobia masih menghantui Ibu dan Ayah...risau bila Adik tiada di depan mata.  Kebiasaannya sawan demam akan berulang bagi kanak² yg pernah diserang.  Mungkin selama ini kami terlalu obses menjaga Kak Yang sehingga terlalai terlupa kesihatan Kakak Aina dan Adik Aimi. Maafkan Ibu dan Ayah...


Adik mula memanjat bila dah sihat :)

Sunday, March 17, 2013

Kerana Dia...

Kami bukan amnesia
Tapi kami berjaga sepanjang malam


Kami bukan atlit negara
Tapi kami mampu mengendong berat lebih dari 10kg


Kami bukan hartawan
Tapi kami bisa sediakan kelengkapan mencecah ribuan ringgit


Kami bukan doktor @ pakar
Tapi kami tahu selok-belok bidang perubatan


Kami bukan ahli terapi
Tapi kami boleh melakukan latihan sendiri


Kami bukan sesiapa
Tapi kami mencuba melakukan diluar kemampuan 

KERANA KAMI HANYA IBUBAPA KEPADA ANAK-ANAK SYURGA.

 





KERANA AKU HANYA IBU KEPADA NUR AIDA QALESYA :)