Saturday, March 17, 2012

kuatkah aku?

mereka kata aku kuat...aku supermum yg hebat...
kenapa?
mungkin kerna mereka lihat aku terus seperti biasa..seperti tiada apa yg membelenggu jiwa dan hati...
mungkin kerna mereka sangka diriku tenang menerima segala dugaan & kenyataan...

tapi tahukan mereka semua...

kuatkah aku andai tatkala malam berlabuh dan semua telah dibuai mimpi, aku terus-terusan memikirkan keadaan bidadari syurgaku...

hebatkah aku andai tiada siapa yg tahu betapa terlukanya hati ini melihat penderitaan bidadari syurgaku menderita saban hari...

tenangkah aku andai sering menangisi nasib diri ini yg tidak mampu memberikan segalanya buat bidadari syurgaku dan juga permaisuri hatiku...begitu jua zuriat dlm rahimku ini...

hancur luluh perasaan ini melihat bidadari syurgaku yg sehinggi kini masih belum sihat sepenuhnya...
hancur luluh hati ini melihat kekecewaan permaisuriku apabila terpaksa berpisah dgnku dan bidadari setiap malam, melihat tangisan dimatanya, mendengar rayuannya utk tidur bersama...
hancur luluh jiwa ini memikirkan bayi dlm kandungan yg sering aku abaikan kerana memberi sepenuh perhatian kepada bidadari syurgaku...
dan bertambah hancur segalanya bila aku juga terpaksa berjauhan dari raja hatiku demi anak-anak kami yg tersayang...

andai aku bisa mengubah segalanya, ingin ku bersama semua cinta hatiku sepanjang masa...

tapi
siapa tahu betapa sukarnya menjalani hidup sebagai aku?


4 comments:

  1. wani, ang mesti kuat demi anak2.alhamdulillah aku tgk ang mmg kuat dlm menghadapi dugaan ini. redha dengan ketentuan Allah dan sabar dlm menghadapinya.Allah x akan uji kita kalu kita x mampu menghadapinya. InsyaAllah Angel akan kembali ceria seperti biasa.. amin

    ReplyDelete
  2. Allah tahu kekuatan kita. Allah Tahu kita mampu atau tidak. Moga Allah terus berikan kekuatan buat akak menjaga isya.. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Ya aku mengaku... kau memang kuat...aku kagum dengan ketabahan hang... Tabik!! Jangan pedulikan cemuhan orang jika ada, tapi pedulikan bidadari syurga yang dikurniakan kerana itu lebih baik. Jaga diri baik2 wani.. Moga kelak kau akan menemui kebahagiaan yg hakiki amin....

    ReplyDelete
  4. salam kenal.i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete