Sunday, December 4, 2011

bila terpaksa membuat pilihan...

Perit...sesak...pedih...bingung...
semuanya ibu rasa bila terpaksa membuat pilihan...satu keputusan yg terlalu sukar utk dibuat...sampai terkadang ibu sengaja tidak mahu terus berfikir mengenainya walaupun ibu perlu memberi keputusan dengan  segera sebelum terlambat...bukan kerana mementingkan diri semata...tetapi kerana memikirkan segala-galanya...bila tidak mahu keputusan ini memberi kesan kepada insan-insan yg ibu sayang; dunia & akhirat...inilah yg dikatakan diluah mati emak, ditelan mati bapa....

maaf kerana membuatkan semua org suspen dgn coretan ini...bukan berniat utk berahsia tetapi hal ini terlalu peribadi utk dikongsi secara terbuka...cukuplah sekadar luahan perasaan utk mengurangkan sesak di fikiran ibu dikala ini...rahsia ini hanya mempu dikongsi bersama keluarga tersayang & sahabat terdekat yg memahami keadaan ibu...terima kasih kepada semua yg tak putus-putus berdoa utk ibu serta keluarga...moga ianya akan menjadi kekuatan & pendorong semangat kepada ibu...amin...

dan lagu ini tiba² terngiang² dikepala ibu disaat ini...aduhai....

"Suratan Atau Kebetulan"

"Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan"
p/s: ibu tetap sayang kamu Nur Aina Qaisarah & Nur Aida Qalesya :)

2 comments:

  1. x mengapa...paham...bkn semua blh di kongsi disini..moga keputusan yg dibuat diredhai Allah..

    ReplyDelete