Wednesday, November 9, 2011

Qalesya diserang sawan!

Pulang untuk beraya ke rumah Atok pada malam hari Jumaat.  Qalesya sihat je...cuma esoknya Adik dok terkejut².  Tak boleh nak angkat tinggi² @ letak bawah langsung...terkejut sampai terangkat kaki tgn...mcm nampak apa² ja...Atok nak bwk Adik amik air penawar tapi malam² raya ni, mesti semua org sibuk utk persiapan raya...

06 November 2011- Hari Raya Aidil Adha

Dalam kol 7 lebih, ibu rasa badan Adik dah panas. Alahai, demam plak anak ibu raya² ni...ibu bawak Adik jumpa Atok, pastu ibu bagi Ayah pegang Adik jap bab ibu nak ke toilet. Dalam hati dok pikir; satgi kena bagi ubat ni... Keluar ja dari toliet, ayah tanya Adik nak susu ka...kepala dok kalih² ja. Ibu pun nak amik la Adik utk menyusu..pastu Ayah cakap "ni tarik ni!" Zuppp...berdesing kepala ibu bila dengar Ayah cakap mcm tu...ibu tengok mulut, kening, kepala Adik dah terangkat² dah...terus Ayah letak Adik mengiring...ibu terus berlari kebawah menjerit panggil Atok...

Semua pakat berlari ke bilik..PANIK! mak long, mama, wan, mak uda, mak ayu, semua dah menangis..dada ibu berdegup laju...ibu cuba control sebab nak kuat utk Adik...ibu panggil nama Adik tanpa henti...tapi airmata nak jugak jatuh...pastu sepantas kilat, Atok start keta...ibu, ayah, mama dan mak ayu ke hospital sg petani..nasib Tuhan mempermudahkan urusan...trafik memang lancar sgt pagi tu...tapi Adik 2x plak kena attack waktu dalam keta...sampai berbuih² mulut Adik...mata Adik x blinking lgsg...macam Adik merenung ja kat ibu...

Sampai ke Kecemasan, ibu berlari dukung Adik ke Zon Merah...bila ibu letak Adik atas bed, Adik terketar² kesejukan...doc masukkan oksigen...muka Adik dah pucat sgt²...x sanggup nak tengok..sepanjang dalam kecemasan, 2x plak Adik kena attack...sampai kejang kaki & tangan..so, dalam masa 1/2 jam, Adik kena sawan sampai 5x!  Ibu mcm dah x boleh nak pikir, blur...kosong...pastu Ayah masuk, Ayah peluk ibu dari belakang...lagi laju airmata ni jatuh...Ya Allah, kuatkan kami utk dia...

Bila Adik dah stabil sket, MA tolak Adik masuk ke wad...sepanjang perjalanan tu, ibu rasa diawang²an..mcm² dalam kepala otak ni...macam mana Adik lepas kena attack ni? apa akan jadi pada Adik? dalam 1/2 jam di wad, Adik mula sedar...tapi Adik jadi merap sgt², lemah betul..doc cakap sebab ubat sawan yg depa bagi tu...3 hari jugak la Adik di hospital...kesian jugak pada Kakak sebab x sihat...

Tapi alhamdulillah...anak syurga ibu kuat sangat...hari ni Adik dah boleh main macam biasa...boleh senyum, boleh makan...lega rasanya tengok Adik dan pulih sepenuhnya..cuma kaki adik ja stiff sket...ye la, sebab kejang teruk masa sawan tu...Pengalaman pertama ni betul² menguji ibu..selama ni ibu cuma dengar cerita dari org lain berkenaan sawan...doc pun memang dah cakap Adik berisiko tinggi utk kena attack..x sangka, dalam sekelip mata Adik plak yg kena...insyaallah, lepas ni ibu akan lebih bersedia..moga Tuhan jauhkan segala musibah dari anak ibu...

Adik, engkau menguatkan lagi kasih sayang semua...♥

Tuesday, November 1, 2011

Sebelum anda mengeluh...

Hari ini, sebelum Anda berniat untuk mengucapkan perkataan buruk
Fikirkanlah seseorang yang ditakdirkan tidak bisa berbicara

Sebelum Anda mengeluh rasa makanan
fikirkan seseorang yang tidak punya makanan sama sekali

Sebelum Anda mengeluh tidak cukup akan sesuatu
fikirkan seseorang yang harus mengemis di pinggir jalan

Sebelum Anda mengeluh tentang perkara yang buruk
fikirkan seseorang yang sekarang dalam keadaan terburuk dalam hidupnya

Sebelum Anda mengeluh tentang suami/isteri Anda
fikirkan seseorang yang menangis sedih memohon pasangan hidup kepada Allah

Hari ini sebelum Anda mengeluh tentang kehidupan
fikirkan tentang seseorang yang telah meninggal dunia

Sebelum Anda mengeluh tentang putera-puteri Anda
fikirkan tentang seseorang yang ditakdirkan untuk tidak dikurniai putera-puteri

Sebelum Anda marah kerana rumah yang kotor dan tidak ada orang yang membersihkan
fikirkan tentang orang-orang yang harus tidur di pinggir jalan

Sebelum Anda mengeluh tentang jarak yang harus ditempuh saat ke tempat kerja
fikirkan tentang seseorang yang harus berjalan untuk menempuh jarak itu

Sebelum Anda mengeluh lelah dan mengeluh tentang pekerjaan Anda
fikirkan tentang seorang pengangguran, seorang yang sulit mencari pekerjaan, dan seseorang yang menginginkan pekerjaan Anda sekarang

Sebelum Anda menuduh seseorang atau tidak setuju terhadap pendapatnya
Ingatlah bahwa tiada seorang pun hidup tanpa dosa dan cela
Dan kita akan menghadap dan menjawab pertanyaan dari Tuhan yang sama.

(sumber “The Inspiring Words”, Untaian Makna Dalam Kata, Deshinta Arrova Dewi)