Monday, October 3, 2011

esei terbaik

Esei ibu terpilih sebagai 3 esei terbaik pada kursus hari ni....

   Dianugerahkan seorang anak istimewa adalah pengalaman yg tiada nilainya.  Nur Aida Qalesya, seindah namanya, puteri bongsuku yg disahkan penghidap Cerebral Palsy sewaktu berusia 5 bulan.  Keadaan otak yg diluar kebiasaan menjadikan prkembangannya tidak senormal kanak² lain.  Itulah kehidupan, kita perlu belajar menerima sesuatu diluar dugaan...
  Menjaga anak istimewa terlalu banyak dugaannya. Memerlukan komitmen, tenaga, kesabaran dan kasih sayang yg amat tinggi.  Emosi anak yg tiada kawalan dan sukar diramal.  Rasanya sudah terbiaisa dengan jadual harian yg padat, tidur hanya 3,4 jam sehari.  Jadual appointment yg penuh saban minggu - Fisio, Carakerja, ENT, Ofta, Peads.  Semua ini bukan dilakukan seorang diri.  Kerjasama bersama suami, meringankan beban dibahu ini.
  Syukur kerana saya mempunyai seorg ketua jabatan yg amat memahami.  Sentiasa memberi nasihat dan dorongan untuk menjadi lebih kuat. Beliau amat bertimbang rasa bila membenarkan saya bercuti separuh gaji selama 4 bulan walapun tugas saya amat diperlukan.
  Saya tak pernah menyesal dengan takdir ini.  Saya rasa amat bertuah terpilih menjaga bidadari syurga, amanah yg tiada nilainya.  Allah tahu saya kuat kerana itu saya yg dipilih...
  Rakan², kadangkala x semua yg kita mahu akan menjadi realiti. Kita perlu belajar menghadapi kenyataan walau sepahit mana pun ia.  Setiap yg berlaku ada hikmahnya.  Tuhan mencipta kepahitan dengan seribu sebabnya.  Pasti ada kemanisan dihujungnya
..
  Insyaallah, pengorbanan ibu akan berbaloi satu hari nanti..

Nur Aida Qalesya, engkau cukup istimewa buat ibu, ayah dan kakak...

*Kursus Soft Skill Hospital Pulau Pinang Siri 5/2011
  28-29 September 2011

2 comments: