Friday, July 8, 2011

episod baru...

Macam x percaya ja dah seminggu ibu keja.  Dah seminggu jugak la Kakak dan Adik dibawah jagaan Umi. 

Ditempat keja:~
Bila dah masuk keja ni, ibu rasa cam blur ja...dah x ingat nak wat keja macam na.  Bukan pa, hampir 4 bulan cuti, ibu langsung x fikirkan kerja. Tumpukan 110% perhatian pada puteri-puteri kesayangan ibu...tension jugak bila ada staf yg bertanya macam² soalan berkenaan admin ni.  Hai, tak tau ka ibu ni dah cuti lama, baru ja report duty.  Keja yg x settle berlambak² lagi, belum sempat pun nak cek lagi.  Siap tanya plak, "eh, u x da lama ka?"  ish...abis selama ni ibu ada ka dlm bilik ibu???

Dirumah:~
Kakak dah pandai bawa diri.  Langsung x kacau umi...tapi biasa la, x mau makan lgsg, yg dia tau susu ja...gemuk dgn susu la puteri sulung ibu ni.  Tapi syukur la akak pandai berdikari.  Walaupun umur x smpai 2 tahun setengah lagi, tpi Kakak very independent.  Ibu bangga dgn kakak, syg!

Adik pun baik jugak..pandai nak bermain dgn umi.  Makan pun dah byk sekarang ni.  Roti klau mkn abis sebiji.  Pandai,kan?  Cuma satu benda ja yg Adik x pass lagi; nak hisap botol.  Klau time umi bagi botol ja, sure Adik mengamuk sakan.  Jadi terpaksa la ibu berulang balik umah utk b/f Adik.

Kesimpulan:~
Buat masa ni ibu memang rasa pack sgt²...rush ke ofis, umah.  Bila kat ofis, hati dok ingat rumah ja.  Dok pikirkan Adik macam mana..mengamuk ka x?  Keja kat ofis pun berlambak² nak kena settle.  Report pun banyak.  Tapi ibu memang bernasib baik coz dapat Bos yg sebaik Pn Z; x pernah nak push ibu.  Tiap² hari ada saja kata² semangat, cerita² darinya utk menaikkan motivasi diri ibu. 

Letih?  Mestilah kan..ibu bukannya robot., hanya manusia biasa...tapi ibu x pernah mengeluh @ menyesal kerana ibu lakukan semua ni demi amanah yg dikurniakan Allah pada ibu...harta yg x ternilai; puteri² ibu...moga Allah akan permudahkan urusan ibu dan terus menguatkan semangat ibu...

No comments:

Post a Comment