Thursday, July 21, 2011

Cerebral Palsy...

Maybe ramai yg tertanya² apa maksudnya CP @ Cerebral Palsy  ni...ni info yg ibu dapat dari google...

 Cerebral Palsy (Kerencatan Otak)
Cerebral – merujuk kepada otak

Palsy – kurang atau ketidakupayan mengawal pergerakan otak.

Cerebral palsy - Sebahagian besar otak mengalami kerosakan yang mempengaruhi pergerakan badan dan kordinasi otot-otot.



Simptom/tanda-tanda

Perkembangan/pertumbuhan lambat

Hanya menggunakan sebelah tangan

Mengalami masalah penyusuan/makan

Kerap menangis, merengek, meragam tanpa sebab atau terlalu diam dan kurang tindakbalas terhadap ransangan

Mengalami sembelit dan cepat marah


Faktor/punca:

Sebelum lahir;

- berlaku jangkitan pada rahim seperti rubella, cytomegalovirus & toxoplasmosis sehingga menyebabkan kecederaan pada sistem saraf bayi.

- ibu mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis & kurang darah semasa mengandung

- si ibu mengalami pendarahan teruk semasa mengandung

- kekurangan bekalan oksigen (anoxia)


- Pendedahan kepada bahan2 toksik (alkohol, rokok & dadah) – merencatkan pertumbuhan organ-organ seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.

- Kekurangan zat makanan seperti makanan seimbang, vitamin & asid folik boleh menjejaskan pertumbuhan janin.

Faktor genetik – masalah terlebih kromosom (Trisomi 13 & Trisomi 18) menyebabkan muka, jantung, otak, kaki & tangan janin mengalami kecacatan.


Semasa lahir;
- kelahiran tidak cukup bulan (premature birth)
- bayi mengalami kecederaan otak semasa lahir
- bayi lemas semasa lahir
- bayi tertelan najis sendiri
- jangkitan kuman semasa lahir
- penyakit kuning (jaundis)



Selepas proses kelahiran;
- Asphyxia – penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak
- Shaken Baby Syndrome – bayi yang digoncang terlalu kuat semasa menangis
- Keracunan ubat-ubatan – panadol, minyak tanah dsbgnya.
- Tertelan benda asing – guli, duit siling
- berlaku kecederaan otak akibat kemalangan, penderaan @ penganiayaan fizikal.

Jenis-jenis Cerebral Palsy
Dikategorikan kepada 3 jenis

Spastik (otot-otot keras)
-Biasanya berlaku kekejangan pada sebelah kanan badan
-Jika kaki & tangan kanan kejang – hemiplegia”
-Jika kedua-dua belah kaki kejang – “diplegia”
Seluruh badan – “quadriplegia”

Ataxia

-Otot-otot tangan & kaki lembik
-Keadaan pergerakan motor tidak stabil dan bergegar.

Athetoid/Diskinetik - Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal.
- Kecederaan pada muka, tangan, badan. Ini akan menyebabkan kesulitan dalam percakapan, cara makan, memegang benda dan pergerakan motor.


Kaedah rawatan/terapi
Terapi fizikal - Lebih kepada senaman untuk melonggarkan otot-otot seperti regangan (stretching)
- Contoh; kanak2 yang mempunyai kaki yang tidak sama panjang akan menggunakan kasut khas yang bertumit tinggi pada kaki yang lebih pendek.
- Kanak2 yang tidak boleh berjalan – diajar berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda, crutches, walkers.
Terapi hidro/air - Sesuai untuk perkembangan fizikal melalui pergerakan motor halus dan kasar.
- Ransangan air – membolehkan pesakit merasa tenang.
- Aktiviti dalam air dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui regangan dan seterusnya melembutkan fungsi-fungsi sendi & meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot.

Terapi cara kerja (Occupational Therapy)
- Terapi yang fokus kepada meningkatkan perkembangan motor halus seperti tangan, kaki, muka, jari tangan dan kaki.
- Mengajar kemahiran asas seperti cara berpakaian, cara makan, cara pergi ke tandas dan sebagainya.
- Penggunaan alatan sokongan seperti kerusi roda bagi memudahkan kehidupan mereka.

Terapi pertuturan
- Melatih pergerakan bibir dan lidah
- Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bercakap dan makan.
- Dilatih untuk mengungkapkan kata-kata verbal & non-verbal (bahasa isyarat)

Terapi Integrasi Sensori - Pendekatan yang digunakan untuk membolehkan kanak-kanak mencapai tahap optimum dari segi pergerakan dan memperbaiki keseimbangan.
- Contoh: sentuhan & urutan pada bahagian badan dengan bantuan alat-alat sokongan seperti “styrofoam chips”, air dan alat permainan.

Terapi ubat-ubatan
- Ubat-ubatan untuk mengurangkan masalah ketegangan.
- Contoh: Diazepam, Baclofen, and Dantrolene
- Suntikan ubat “Botulinum Toxin” – pada bahagian otot-otot yang tegang.

Pembedahan/Surgery - Pembedahan hanya akan dijalankan sekiranya perlu.
- Contoh: Mereka yang berjalan menggunakan hujung kaki
- Pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki akan dilakukan.
- Ini membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah berjalan dan kawalan keseimbangan.
Peralatan (special equipment)
Penggunaan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak cerebral palsy.
Tujuan: untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti dan menjalani rawatan/pemulihan.
Contoh: kerusi roda & walker


RUMUSAN
Kanak-kanak cerebral palsy tidak boleh sembuh sepenuhnya.
Akan tetapi terdapat pelbagai kaedah rawatan yang boleh membantu mereka memaksimumkan keupayaan dan kekuatan fizikal, dan seterusnya dapat memperbaiki kualiti kehidupan mereka.

Rawatan/terapi yang dilakukan membolehkan mereka mengurus kehidupan seharian sendiri seperti kebolehan menjaga kebersihan diri, pengurusan pakaian, kebolehan bertutur walaupun tidak lancar dan sebagainya.

Sunday, July 17, 2011

cerita Nur Aina Qaisarah...

hari ni ibu nak bercerita pasal Nur Aina Qaisarah  plak..asyik dok cita psal adik ja kan..

skarang ni ibu perasan anak sulung ibu ni dah mcm budak besaq dah...x macam budak umur 2 tahun lgsg...klau nak minta bantuan, suma boleh...soh tolong amik pampers, amik bekas bedak, kain buruk...laju ja dia wat...tapi klau time malas tu, x payah la nak soh...ada la jawapan dia.. "ibu p la...akak atik aki ni..." kekadang tu siap mengeluh lagi " alah...ish.."sambil muncung ja mulut tu... ni baru 2 tahun ni, bayangkan nanti dah 12 tahun...camna la gamaknya no...hehehhe

 majuk x mau kemas mainan

yg paling wat ibu terharu, Kakak ni memang very concern pasal Adik dia...klau bangun pagi², the 1st thing yg kuaq dari mulut dia; "ibu, adik isya mana?"..pastu dia akan peluk, cium, gomol Adik...sama gak time nak tidoq malam..sbelum dia hanyut, nak dulu tolong dodoikan Adik...siap warning Ibu dgn Ayah plak; "shhh...yam..yam...Adik idoq"
 pagi² peluk Adik dulu..baru ceria

Kakak ni pun ada pantangnya...pantang tengok kalau Ayah main dgn Adik!  mula la dia pun nak lompat atas Ayah gak..last² Adik x leh la nak main dgn Ayah bab takut Kakak smack down Adik plak...Kakak ni memang lasak + brutal...maklumlah...tengok la anak sapa kan? Ibu pun tomboy dulu...hehehe


Kalau Kakak merajuk @ marah, sure dia akan cakap sakit kaki...sakit tangan...sakit perut...heheheh...ni lah cara dia nak tackle hati Ibu dan Ayah...bab kalau sakit, takkan nak kena marah lagi kan...sure Ibu dan Ayah akan pujuk dan sayang Kakak...pandai..pandai...tapi klau Kakak wat salah, Kakak dah pandai mintak maaf, "uwi ibu...uwi ayah..."
 
aksi² Kakak merajuk...

macam² keletah Kakak ni..kdg² mcm geng Maharaja Lawak pun ada..tambah plak time dia cakap bahasa urdu dia...hehehe...sepatah haram pun x paham...Kakak lani pun dah pandai mengeja dah...x sangka kan..
A..I...akak...akak
A..I...dik...adik
A..I...ayah...ayah...
A..I..ibu...ibu
A..I..odok...todok...hahahahahha pandai no

tapi Ibu kesian gak kat Kakak bab masa Ibu banyak terluang untuk Adik yg memerlukan special care dari Ibu...kdg² rasa mcm Ibu dah abaikan Kakak plak..nasib la Ayah ada...klau dapat hubby yg style x mau main dgn anak lgsg, jenuhla Ibu...


 alhamdulillah...mudah²an...amin


Kakak, Ibu sayang Kakak...

Friday, July 8, 2011

episod baru...

Macam x percaya ja dah seminggu ibu keja.  Dah seminggu jugak la Kakak dan Adik dibawah jagaan Umi. 

Ditempat keja:~
Bila dah masuk keja ni, ibu rasa cam blur ja...dah x ingat nak wat keja macam na.  Bukan pa, hampir 4 bulan cuti, ibu langsung x fikirkan kerja. Tumpukan 110% perhatian pada puteri-puteri kesayangan ibu...tension jugak bila ada staf yg bertanya macam² soalan berkenaan admin ni.  Hai, tak tau ka ibu ni dah cuti lama, baru ja report duty.  Keja yg x settle berlambak² lagi, belum sempat pun nak cek lagi.  Siap tanya plak, "eh, u x da lama ka?"  ish...abis selama ni ibu ada ka dlm bilik ibu???

Dirumah:~
Kakak dah pandai bawa diri.  Langsung x kacau umi...tapi biasa la, x mau makan lgsg, yg dia tau susu ja...gemuk dgn susu la puteri sulung ibu ni.  Tapi syukur la akak pandai berdikari.  Walaupun umur x smpai 2 tahun setengah lagi, tpi Kakak very independent.  Ibu bangga dgn kakak, syg!

Adik pun baik jugak..pandai nak bermain dgn umi.  Makan pun dah byk sekarang ni.  Roti klau mkn abis sebiji.  Pandai,kan?  Cuma satu benda ja yg Adik x pass lagi; nak hisap botol.  Klau time umi bagi botol ja, sure Adik mengamuk sakan.  Jadi terpaksa la ibu berulang balik umah utk b/f Adik.

Kesimpulan:~
Buat masa ni ibu memang rasa pack sgt²...rush ke ofis, umah.  Bila kat ofis, hati dok ingat rumah ja.  Dok pikirkan Adik macam mana..mengamuk ka x?  Keja kat ofis pun berlambak² nak kena settle.  Report pun banyak.  Tapi ibu memang bernasib baik coz dapat Bos yg sebaik Pn Z; x pernah nak push ibu.  Tiap² hari ada saja kata² semangat, cerita² darinya utk menaikkan motivasi diri ibu. 

Letih?  Mestilah kan..ibu bukannya robot., hanya manusia biasa...tapi ibu x pernah mengeluh @ menyesal kerana ibu lakukan semua ni demi amanah yg dikurniakan Allah pada ibu...harta yg x ternilai; puteri² ibu...moga Allah akan permudahkan urusan ibu dan terus menguatkan semangat ibu...