Thursday, May 5, 2011

Microcephaly

Adik early diagnos is microcephaly developmental delay....so, apa benda la penyakit ni?? Ibu try la google, so ini la kesimpulan penyakit Adik... :(


Apakah Microcephaly?
Microcephaly adalah keadaan kehadiran pada kelahiran di mana lingkaran kepala bayi menjadi kecil daripada bayi yang normal yang sama umur dan jantina. "Micro" bermaksud kecil dan "cephaly" merujuk kepada kepala. Kanak-kanak dengan microcephaly juga mempunyai otak yang kecil dan rencatan mental. Walaubagaimana pun, sesetengah kanak-kanak dengan kepala kecil mempunyai kecerdasan yang normal
Penyebab Microcephaly
Biasanya ia berpunca daripada kecacatan genetik yang mengganggu pertumbuhan korteks diawal perkembangan janin. Ianya berkaitan rapat dengan sindrom down, sindrom kromosom, dan sindrom neurometabolic.
Bayi mungkin dilahirkan Microcphaly jika para ibu terdedah kepada :-
  • penyalahgunaan alkohol dan ubat-ubatan
  • Jankitan cytomegalovirus, rubella
  • cacar air (varicella)
  • terdedah kepada bahan kimia toksik.
  • pengambilan ubat fenilketonuria (LGK).

Bayi yang lahir dengan microcephaly akan memiliki kepala lebih kecil daripada kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka, bagaimanapun ada bayi yang baru lahir dilihat seperti normal namun microcephaly lambat dikesan.

Tanda dan gejala microcephaly
Bergantung pada keadaan sindrom yang menghidapnya, kanak-kanak dengan microcephaly mungkin mempunyai:
  • Terencat mental
  • Lambat bercakap
  • Wajah distorsi
  • Kerdil atau perawakan fizikal pendek
  • Hiperaktif
  • Sukar mengkordinasi dan menyeimbang
  • Kelainan otak dan neurologi.
Sebahagian daripada kanak-kanak microcephaly memiliki kercergasan yang normal, kepala mereka juga membesar namun ukur lilit kepala kanak-kanak microcephaly membesar tidak sama seperti kanak-kanak normal yang lain. 

Microcephaly merupakan kondisi perubatan yang mana ukuran lingkaran kanak-kanak itu lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak normal kerana otak tidak berkembang dengan baik atau berhenti bertumbuh. Microcephaly boleh berlaku semasa kelahiran atau dalam usia tahun pertama kanak-kanak itu.
Biasanya ia berpunca daripada kecacatan genetik yang mengganggu pertumbuhan korteks diawal perkembangan janin. Ianya berkaitan rapat dengan sindrom down, sindrom kromosom, dan sindrom neurometabolic.
Kanak-kanak yang mengidap Microphaly biasanya tidak akan hidup lama. Mereka biasanya meninggal dunia sebelum memasuki alam dewasa.

 rasanya ibu dah x bleh nk continue dah...sebak dah dada...

4 comments:

  1. sabaq noo achik...kuatkn semangat n jgn putus asa berdoa utk dia...insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. xdak yg mustahil achik dlm idup nie...Allah yg tentukan semua tu...so,dont lose hope ok!!!

    ReplyDelete