Tuesday, May 10, 2011

Anak² ~ siri 5 (result MRI Adik)

kenapa tgn ni berat sgt nk menulis...

hari ni appointment Adik pukul 10...tpi hati ibu dah tak tentu arah dari semalam lagi...ibu x mau pikir banyak..klau ikutkan hati, x sanggup rasanya nak berdepan dgn doktor...

pas dapat no, kena tunggu dlm 40 minit gak la...elok ayah bangun ke toilet, no Adik kena panggil...ibu pun masuk la dgn kakak...doktor tanya "ayah dia datang x? saya nak jumpa ayah dan mak..nak cakap dgn dua²"...hati ibu lagi x keruan...ibu dah dapat agak apa yg doktor nak cakapkan...so, ibu keluar cari ayah dulu..dalam hati dah x  tentu arah...sementara tu, doktor jumpa patient lain dulu..x pa la, ibu rasa x ready nak dengar sorg² pun...

dalam 15 minit lepas tu, adik kena panggil sekali lagi...ibu duduk berdepan dgn doktor...adik plak mengamuk sakan, ibu try bagi susu pun x mau gak...agaknya adik pun takut jumpa doktor ni...sabar ya, sayang...kejap ja ni...

seperti yg dah ibu jangka, doktor cakap hasil MRI adik menunjukkan keadaan otak adik x sama macam org normal...ada sedikit kelainan...radiologist diagnos sebagai 'Incomplete Microcephaly'...ini yg sebabkan perkembangan adik terganggu...cuma doktor x berani nak cakap lebih tentang 'keadaan' adik ni (doktor x bagi kata penyakit!)...kena tunggu follow up dgn pakar neurologi dulu, itupun bulan 8 nanti...doktor minta teruskan terapi dgn OT & Fisio macam biasa....mungkin adik akan lebih baik dan bersedia utk menghadapi alam dewasa nanti...

fikiran ibu melayang sebenarnya...jauh sangat...ibu bayangkan masa depan adik...beratnya dugaanMu....

ibu eratkan lagi pelukan ibu pada adik....

doktor minta ibu & ayah jumpa pakar genetik bulan 10 nanti...nak pastikan samaada salah seorg dari kami mungkin pembawa...kalau betul, doktor sarankan supaya fikirkan dulu mengenai hendak menambah zuriat lagi...pada ibu, cukuplah kakak & adik dulu, biar adik sembuh sepenuhnya....

doktor minta tanya apa yg nak tahu...ibu x sendri x dak soalan sebab dah x mampu nak fikir buat masa sekarang ni..ibu cuba tahan airmata...tapi dalam hati, ibu menangis semahunya...

tapi pesan doktor yg akan ibu ingat; walaupun adik kena diberi perhatian penuh, jangan lupa pada kakak...kakak mesti ada perasaan cemburu bila semua perhatian tertumpu pada adik...

sampai ke saat ibu menulis ni, fikiran ibu masih kosong...kalau boleh, ibu nak anggap semua ni macam mimpi buat kita semua...ibu x sanggup nak menatap wajah adik lama²...ibu x sanggup sayang....x sanggup nak membayangkan hari² yg bakal mendatang...tapi ibu berjanji adik...ibu akan jaga adik sedaya yg ibu mampu...ibu akan korbankan segalanya demi utk adik...

ibu kena kuat untuk adik...untuk kakak...
tapi ibu rasa ibu terlalu lemah wahai anak²ku...

Ya Allah, hanya padaMu tempat ku bermohon...berikanlah aku kekuatanMu....

Sunday, May 8, 2011

kasih suci ~ buat anak²ku

khas untuk Nur Aina Qaisarah & Nur Aida Qalesya
permati hati ibu & ayah...


 Perjalanan masih jauh
harus kau tempuh
ku disini memerhati
tanpa rasa sangsi

 jangan gentar
ada sabar, semat dijiwa
ku disini mendampingi
agar kau mengerti
 berlarilah kau berlari
terbanglah dikau terbang tinggi
bumi yang kau jejaki
janganlah dikau lupai

 andai ku capai,si pelangi
akan ku serahkan padamu
agar dapat kau mewarnai
seluruh hidup nanti...
yang hitam harus dijauhi
jangan disimpan dalam hati
putihkan jiwamu dengan kasih suci...

 kuterima dirimu dengan seadanya
dalam suka dalam duka
kau tetap cahaya

 ku bersyukur pada yang esa
punya segala-galanya
sederhana tapi yang sempurna.............

kasih suci ~ amy mastura


 


Friday, May 6, 2011

Anak² ~ siri 4 (cucuk)

06.05.2011

hari ni appointment dgn KK... Adik kena cucuk Hep B...patutnya kena cucuk time umur 6 bln...ni dah masuk 7 bln lebih dah, baru nk kena cucuk...huk3...

sebelum kena cucuk, Adik kena la cek up macam biasa la..be.rat Adik baru 6.5kg...naik la sikit ja...dah Adik timbang, Kakak pun kalut gak nak timbang...hai budak debob ni..dah 16 kg..patut la x terangkat kalau ibu dukung la ni...ish3...

Adik ni bila SN cek ja sure wat bolayan...sian SN tu, pulun la tunjuk bola merah akt Adik, dia wat x tau ja...buat bunyi pun dia x layan...Adik ni ikut mood gak ni...padahal kat rumah, dah pandai main dah pun...Atok Din kata ikut sapa lagi; ayah la...hahaha...btoi ka??

pastu kena la masuk bilik cucuk plak...elok ibu masuk & duduk ja atas kerusi, terus Adik wat muka...sebek & terus nangis...amboi, cam tau nak kena cucuk tu...cam bilik kot...time kena cucuk Adik lagi nangis la...standard dah la kan...ada ka budak yg x nangis time kena cucuk?? sure la nangis kan...sian Adik...ni pun Adik dok merap lagi, nak nangis ja...

time kat klinik, da la sorang akak ni tanya...brapa bulan? bila kata 7 bulan, dia wat muka heran plak..keciknya...ya, dia memang saiz kecik.... :(

so next cek up 03.06.2011 plak...kebetulan sama plak dgn app Kakak...senang la nanti...

Thursday, May 5, 2011

Microcephaly

Adik early diagnos is microcephaly developmental delay....so, apa benda la penyakit ni?? Ibu try la google, so ini la kesimpulan penyakit Adik... :(


Apakah Microcephaly?
Microcephaly adalah keadaan kehadiran pada kelahiran di mana lingkaran kepala bayi menjadi kecil daripada bayi yang normal yang sama umur dan jantina. "Micro" bermaksud kecil dan "cephaly" merujuk kepada kepala. Kanak-kanak dengan microcephaly juga mempunyai otak yang kecil dan rencatan mental. Walaubagaimana pun, sesetengah kanak-kanak dengan kepala kecil mempunyai kecerdasan yang normal
Penyebab Microcephaly
Biasanya ia berpunca daripada kecacatan genetik yang mengganggu pertumbuhan korteks diawal perkembangan janin. Ianya berkaitan rapat dengan sindrom down, sindrom kromosom, dan sindrom neurometabolic.
Bayi mungkin dilahirkan Microcphaly jika para ibu terdedah kepada :-
  • penyalahgunaan alkohol dan ubat-ubatan
  • Jankitan cytomegalovirus, rubella
  • cacar air (varicella)
  • terdedah kepada bahan kimia toksik.
  • pengambilan ubat fenilketonuria (LGK).

Bayi yang lahir dengan microcephaly akan memiliki kepala lebih kecil daripada kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka, bagaimanapun ada bayi yang baru lahir dilihat seperti normal namun microcephaly lambat dikesan.

Tanda dan gejala microcephaly
Bergantung pada keadaan sindrom yang menghidapnya, kanak-kanak dengan microcephaly mungkin mempunyai:
  • Terencat mental
  • Lambat bercakap
  • Wajah distorsi
  • Kerdil atau perawakan fizikal pendek
  • Hiperaktif
  • Sukar mengkordinasi dan menyeimbang
  • Kelainan otak dan neurologi.
Sebahagian daripada kanak-kanak microcephaly memiliki kercergasan yang normal, kepala mereka juga membesar namun ukur lilit kepala kanak-kanak microcephaly membesar tidak sama seperti kanak-kanak normal yang lain. 

Microcephaly merupakan kondisi perubatan yang mana ukuran lingkaran kanak-kanak itu lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak normal kerana otak tidak berkembang dengan baik atau berhenti bertumbuh. Microcephaly boleh berlaku semasa kelahiran atau dalam usia tahun pertama kanak-kanak itu.
Biasanya ia berpunca daripada kecacatan genetik yang mengganggu pertumbuhan korteks diawal perkembangan janin. Ianya berkaitan rapat dengan sindrom down, sindrom kromosom, dan sindrom neurometabolic.
Kanak-kanak yang mengidap Microphaly biasanya tidak akan hidup lama. Mereka biasanya meninggal dunia sebelum memasuki alam dewasa.

 rasanya ibu dah x bleh nk continue dah...sebak dah dada...

tema

teringat time bercinta & awai² kawen dulu...aku & hubby sure pakai baju sama kaler...actually ni suma idea aku la, kunun² nampak sehati sejiwa gitu...kui3...x gitu?

 ni time baru mula nk ber'ehem²' kat Sukan KKM, Bangi...baju team Olahraga Penang so, sure la sama kan...
 bukan setakat kaler ja sama, siap design sama ni..he3
 ni raya haji tahun 2007 ni..fav theme ~ blue
 kat gurney drive...dating ler..pa lgi...
ni time nak naik bkt bendera...

 P.I.N.K.Y vs R.E.D...lebih kurang la no...(romantik la kunun ni...ha3)
 ni time bertunang... 05.08.2006 :)
 biru lagi he3...fav btoi la..ni kat Klang Parade ni..
 WOW! kenduri di umah aku...
ni time kenduri umah en suami plak

hmmm...tu la serba sdikit kenangan...la ni bila dah bertambah ahli, jaang sgt la nak bertema² bagai...tunggu time raya ja la klau nk sama pun...lagipun bukan wajib pun kan..sendri yg buat peraturan...he3...janji bahagia!