Wednesday, April 20, 2011

Anak² ~ siri 3 (MRI)

Adik admitted to Acc Daycare Ward~nk kena wat prosedur seterusnya...MRI.  Mula² Ibu x dak rasa apa² pun...ye la, Adik kan sihat ja...so time admit tu, x dak la rasa gelabah pun...pi dgn senang hati ja...Kakak pun kena bgun awal hari ni...slalu tengahari buta baru nk bagun...he3...

Suppose 2 admit at 7.30 am (kalau ikut surat appointment ar)...tapi kol 8.30 baru nama Adik kena pangge.."Nur Aida Qalesya..." kena timbang berat, so kena la membugelkan Adik...tau nurse kata pa?? "la...pompuan ka?" HAA??? yg tadi pangge nama mcm lelaki kah?? confuse²....

Pas2 Adik kena cucuk; nk masukkan branula...Adik mengamuk la bab sakit kan..tapi yg terharunya, Kakak pun menangis bab tengok Adik kena cucuk...sayangnya Kakak kat Adik ye...Pas kena cucuk, baru SN habaq Adik kena posa...la, awai² x hbq...so, kena tnggu dlm 2,3 jam dulu la...Adik dah la ngantuk...Doc x bagi tido bab takut satgi time wat prosedur Adik x tido dah...apa lagi, Adik ngamuk lagi la bab ngantuk + lapaq!

Dalam kol 10 lebih, Adik kena makan ubat tidoq...x sampai 5 min, Adik dah pun terlelap..so, SN tolak Adik atas strecther ke MRI...time ni jantung Ibu mula berjalan laju...x sampai hati tengok Adik dah x sedar pa...mula nk pikir yg bukan²...sampai kat MRI, Adik terjaga dan start menangis...so, SN + lagi dos ubat...tapi Adik nangis gak..so, doc pangge Ibu masuk bilik MRI w/pun actually x leh masuk...bila Ibu tepuk² Adik, Adik tertido balik...pas2 suma org kuar, tinggal la kami berdua...bila Adik masuk ja dlm mesin MRI, jatuh arimata Ibu...Ya Allah, kenapa berat dugaan yg Adik kena tanggung?? Ibu kuatkan semangat utk tunggu Adik sampai habis...Bunyi² dlm mesin 2 dh jadi mcm irama hati Ibu yg x keruan plak... Ibu rasa mcm dok dalam bilik 2 smpai sejam,. tapi Ayah kata cuma 15 min ja...

Resulr MRI Adik, bulan 5  ni baru dapat...so, selagi 2, hati Ibu x kan tenang la....

Sunday, April 17, 2011

m.a.l.a.s

2 la..org kata jgn malas²
wat keja kena ikhlas

malas sgt malam ni nak masak
wat keja sambil babai
inilah jadinya...
habis rentung sambal di kuali
kuang...kuang..kuang...


lain kali, masak sambil senyum ye ibu...

Saturday, April 16, 2011

aduhai malangnya bagi dia....



kejamnya kau
jatuhkan hukum sesuka hati
puncak jaya yg ingin didakinya
kau runtuhkan dgn rakusnya
kau rampas semangatnya

mengapa...
bukankah kau perlu ada disisinya
meniup semangat
membantunya mendaki gunung yg tinggi
menggenggam sehelai kertas
yg akan menentukan masa depannya


bukan dgn mendoakan kegagalan
apatah lagi melunturkan emosinya


aduhai malangnya bagi dia....

Wednesday, April 13, 2011

derita yg kau cari....


kenapa perlu bersedih
bukankah kesedihan itu kau yg cari
kenapa masih mencari kekuatan
bukankah kau telah cukup gagah utk menjalani hidup sendiri
bukankah itu yg kau gah laung²kan

kau kata mahu lari dari semua
mahu mencipta kebahagian yg selama ini tiada
sedang telah lama melayari bahtera kehidupan
dari benih yg bercambah di bumi
membesar menjadi pepohon yg rendang
                                                     dan kini kau pula yg mahu mencari teduhan yg lain
                                                     yg belum pasti ia kan bertunas

aku x menyangkal
kau perlu berfikir utk diri sendiri
mencari bahagia yg abadi
tpi jgn pernah lupa pada amanahmu juga
titisan darahmu yg mengalir dlm tubuh mereka
jgn biar mereka menderita tanpa rasa....

siapalah aku utk berbicara
andai ditutur, pasti mengundang sengketa
kau bukan lagi anak kecil yg perlu dididik
bukan lagi anak yg masih bertatih

Tuesday, April 12, 2011

Faedah Susu Ibu


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.
Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."
Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu.
Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.
Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi.
Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula.
SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagaiKolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.
Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.
Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu).
Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.
Faedah Penyusuan Bayi
01.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.
02.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.
03.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.
04.Mencegah dari penyakit rabun malam.
05.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.
06.Menggelakkan penyakit taun.
07.Menggelakkan jangkitan telinga.
08.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.

kenangan itu...

x sedar masa berlalu
20 thn lalu, aku menangisi pemergianmu..

kekosongan itu ku pendamkan jauh di sudut hati
aku jarang berbicara tentang dirimu
malah
aku x benarkan mindaku memikirkanmu
bukan kerna tiada rindu
tapi aku x punya kekuatan utk menghadapi kenyataan
insan yg bertarung nyawa melahirkan ku
telah pergi selamanya...
sering ku cuba utk bermimpi
kononnya tersedar dari lena, membayangkan kau ada disini
mengharapkan kematianmu hanya ilusi,,,

alangkah indahnya andai kau ada disini
disaat aku memerlukan kekuatan sepertimu
manjadi ibu yg sejati

MAK, rindu itu tetap bersarang dihati,,,

Friday, April 8, 2011

kisah dua puteri

mlm ni rsa sunyi plak...terasa kosong hidup ni kalau tanpa anak²...terasa mcm ada diawang²an plak...pelik kan...dah biasa dgn riuh rendah Kakak dok berleter...minta pasang cd la...laptop la...nk nyanyi la...menari kdg²...dah lali dgn gamat pekikan Adik mengamuk tnpa tau sebab...(actually Adik dok tidoq..Kakak ikut Ayah balik kg...)

tiba² teringat msa Ibu nk lahirkan kedua² puteri ni...1 persamaan antara kedua; dua² x mau kuaq dri perut Ibu, sampaikan dah 'melabur' dlm perut Ibu...he3...tu bukti betapa anak² Ibu sygkan Ibu...Kakak overdue 4 hari...Adik x over lagi la, awai 4 hari tpi tanda² turun awai...seminggu sebelum bsalin kat Adik, Ibu dh turun darah dah..panik gila! time Kakak x mcm ni pun...ingt dah time la...skli kena discharge kuaq wad...tunggu lagi..

time bersalin kat Kakak, Ibu kena masuk ubat, kena epidural...tpi sakit srupa 2 gak..Tuhan sj yg tahu...tapi Kakak lambat nk kuaq...mybe bb anak sulung kot, Ibu x reti nak teran...Kakak pun big size, smpai 3.46 kg...Ibu ingt lgi, dekat 10 x teran, baru berjaya...2 pun bb doc kata Kakak nk lemas dh.. Time Adik pun kena masuk ubat gak, kali ni rasa sakit lgi double la bb x wat epi...bezanya Ibu skali push ja...Adik plak kecik; 2.8kg ja...senang la...

cuba tgk pic puteri² Ibu time baru kuaq labour room...sama x?

 ni puteri sulung Ibu ~ Nur Aina Qaisarah (Cahaya Permaisuri yg Bermata Cantik)


ni puteri bongsu Ibu ~ Nur Aida Qalesya (Cahaya Keberuntungan yg Murni)

pelik kan...time ni, rsa cam x mau dah bersalin...bila ingat camna sakitnya time nk melahirkan satu nyawa ke bumi Allah ni...tpi bila pikir balik, pas ni teringin lagi la nak preggy lgi...he3 (boleh lgi ker??)