Monday, March 14, 2011

Anak² ~ siri 2

14 Mac 2011

hari ni Adik kena jumpa pakar peaditrik..Ibu dh bsedia dari segi mental (mungkin...)
Ibu x mau pikir yg bukan²..
tapi bila satu persatu surat refer yg Dr tulis, hati Ibu makin x tenteram
fisioterapi, oftamologi (mata), ENT, occupational theraphy, MRI....
apa lagi yg perlu Adik lalui??
Ibu cuba kuatkan dri, belum setitik pun lg airmata kuar
tpi bila Adik meraung waktu Dr amik darah Adik, Ibu menangis bersama Adik
kalau la bleh tangan & kaki Ibu yg dicucuk
Ibu kuatkan lgi hati ini
kerana klau ikutkan hti,Ibu nk suruh saja Dr tu berenti picit kaki comel Adik utk amik darah

hati Ibu bertambah sayu bila Jurupulih ckp Adik kena pakai kasut khas
utk elakkan alignment kaki Adik dari tersenget
walaupun x sakit, tpi Ibu tau Adik x selesa
Ayah kata Adik dapat kasut skate baru
ada² saja Ayah ni
bila Kakak tengok kaki Adik, dia ckp "cian ibu, Adik atit"
pndai Kakak kan...

dah abih cek up sehari,Ibu ajak ayah balik kg
sebenarnya Ibu nk cuba busykan diri
x mau pikir psl Adik
tpi bila dah Adik mengamuk sgt, Wan suruh Ibu tidurkan Adik dlm bilik
bila Adik dh tido di atas lengan Ibu
airmata Ibu mula jatuh macam air paip, x bleh nak stop
sebab tu Ibu x mau balik umah terus

dan bila kita dah balik umah,
bila Adik, Kakak dan Ayah dah dibuai mimpi
Ibu masih x bleh lelapkan mata
Ibu x dapat nk terima apa yg perlu Adik lalui
Kenapalah nasib Adik mcm ni...bukan Ibu nak menyalahkan takdir Allah
tpi Adik terlalu naif utk terima semua ni
klau Ibu bleh ganti tempat Adik
Ya Allah..sungguh kuat dugaanMu pada ku insan yg hina ini...

Adik, ibu doakan yg terbaik buat Adik
Ibu tau Adik kuat, cuma adik manja sgt
Ibu tetap bersyukur kerana Ibu & Ayah dapat kesan sakit Adik dri awal
setidak²nya Adik akan cepat sembuh
Ibu & Ayah akan buat segala yg termampu utk Adik
Demi kesihatan Adik
itu janji Ibu...

(kalau la Wan Hindon masih ada....wish u were here,MAK)

9 comments:

  1. kuatkan semangat ye wani.... itu sume untuk kebaikan dia... and demi masa depan dia...
    jgn bazirkn airmata hanya kerana merenung nasib aina..tapi bazirkan air mata bila tgk die pulih sepenuhnya...kan kan kan...
    Doa byk2 utk die... moga DIA permudahkan segala urusan untuk Aina...and may happiness and healthiness be with her forever..
    DIA will not simply bg dugaan kat kite..DIA tahu wani tabah and kuat...mudah2an semuanya ok and selamat...
    Our pray always be with you... take care ye...

    ReplyDelete
  2. ; sis, Tuhan x penah duga hambaNya lebih dari kemampuan kita. pecaya, yg terhebat itu kita . kamu bole tempuh !!! kita kan keballlll !!! walau hakikatnya, hati kita lembut mcm span. :)



    p/s: dan Wan Hindon tgh doakan Adik dari 'sana'. lagi mujarab. :)

    ReplyDelete
  3. btoi 2 ucu...ibu dh bwk Adik pi jumpa Wan Hindon + Nenek Udoh dh... :)

    ReplyDelete
  4. tq dayah...anyway, it's Aida not Aina...he3

    ReplyDelete
  5. terharu baca..entah macammana pulak keadaaan achik yang lalui semua ni. ayong takde pengalaman macam ni, tapi boleh tahu perit yang ditanggung sekarang. pengalaman kita berbeza tapi sakitnya lebih kurang sama..tapi lebih peritlah untuk achik yang terpaksa hadapi masalah ni setiap hari. ayong pula, langsung takda kenangan dengan arwah anak ayong walaupun sekeping gambar..(cuma gambar scan baby masa 3 bulan je)..hmmm...ada tuah anak ni nak bagi pada keluarga achik nanti..u make me miss my khadijah...warghhh!!!!

    ReplyDelete
  6. ayong, acik dh semakin kuat skang...dgn doa + smngt dri kwn2, keluarga yg menyokong...insyaallah,berkat doa suma org...

    ps; khadijah x duduk dgna yong ka?

    ReplyDelete
  7. be strong ibu, for her! adik is a string girl!

    anyway khadijah tu arwah anak ayong yg sebaya annur

    ReplyDelete